KUALA LUMPUR 19 Ogos - Harga saham di Bursa Malaysia mengakhiri
dagangan pada paras lebih tinggi dengan indeks asas mencecah paras
tertinggi baharu dalam 31 bulan hari ini, disokong oleh kenaikan di
kaunter kewangan, kata peniaga. Pada pukul 5 petang, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia
(FBM KLCI) ditutup 0.51 peratus atau 7.05 mata lebih tinggi pada
1,392.56 selepas dibuka 1.44 mata lebih teguh pada 1,386.95.Kali
terakhir pasaran menguji paras 1,390 mata ialah pada Januari
2008.Peniaga itu berkata indeks utama dijangka mencapai paras 1,400 mata
jika momentum belian di kaunter-kaunter mewah berterusan. Pada akhir dagangan, Indeks Kewangan melonjak 110.28 mata kepada 12,595.66, Indeks Perladangan mengukuh 12.86 mata kepada 6,523.35 dan
Indeks Perusahaan menokok 5.88 mata kepada 2,685.01.Indeks FBM Emas naik
47.60 mata kepada 9,398.01, Indeks FBM70 meningkat 54.16 mata kepada
9,319.41 manakala Indeks FBM ACE turun 11.32 mata kepada 3,849.90. Saham untung mengatasi saham rugi dengan jumlah 407 berbanding 321
manakala 293 kaunter tidak berubah, 355 tidak diniagakan dan 39 yang
lain digantung urus niaga. Jumlah dagangan susut kepada 983.38 juta saham bernilai RM1.7 bilion,
berbanding 998.07 juta saham bernilai RM1.62 bilion semalam. Bagi saham-saham yang menyaksikan dagangan terbanyak, TMC Life
Sciences turun tiga sen kepada 52 sen, SIG Gases naik 3.5 sen kepada
92.5 sen manakala Carotech kekal pada 9.5 sen. Saham berwajaran tinggi, Sime Darby, menokok tiga sen kepada RM7.80,
Maxis turun tiga sen kepada RM5.40 manakala MISC jatuh dua sen kepada
RM8.86. Jumlah dagangan Pasaran Utama bertambah kepada 839.72 juta saham,
bernilai RM1.67 bilion daripada 803.65 juta saham bernilai RM1.59
bilion, semalam.Bagaimanapun, waran berkurangan 64.04 juta unit bernilai
RM11.55 juta, berbanding 82.27 juta unit bernilai RM11.33 juta. Pasaran ACE menyaksikan jumlah dagangannya susut kepada 75.17 juta
unit bernilai RM12.8 juta daripada 108.65 juta saham bernilai RM14.95
juta semalam. Barangan pengguna menguasai 60.920 juta saham yang diniagakan dalam
Pasaran Utama, barangan perusahaan 191.061 juta, pembinaan 76.961 juta,
perdagangan dan perkhidmatan 280.9 juta, teknologi 18.449 juta,
prasarana 28.034 juta, kewangan 85.649 juta, hotel 2.403 juta, harta
69.324 juta, perladangan 18.750 juta, perlombongan 23,100, REIT 7.188
juta, dan dana tertutup 55,400. - Bernama
Blog ini telah di kemaskini di http://seminarjutawansaham.blogspot.com
My Blog List

...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...
Barisan Penceramah

Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia
Destinasi Seminar

Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )
Friday, August 20, 2010
Friday, August 20, 2010
FBM KLCI cecah ketinggian baru
KUALA LUMPUR 19 Ogos - Harga saham di Bursa Malaysia mengakhiri
dagangan pada paras lebih tinggi dengan indeks asas mencecah paras
tertinggi baharu dalam 31 bulan hari ini, disokong oleh kenaikan di
kaunter kewangan, kata peniaga. Pada pukul 5 petang, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia
(FBM KLCI) ditutup 0.51 peratus atau 7.05 mata lebih tinggi pada
1,392.56 selepas dibuka 1.44 mata lebih teguh pada 1,386.95.Kali
terakhir pasaran menguji paras 1,390 mata ialah pada Januari
2008.Peniaga itu berkata indeks utama dijangka mencapai paras 1,400 mata
jika momentum belian di kaunter-kaunter mewah berterusan. Pada akhir dagangan, Indeks Kewangan melonjak 110.28 mata kepada 12,595.66, Indeks Perladangan mengukuh 12.86 mata kepada 6,523.35 dan
Indeks Perusahaan menokok 5.88 mata kepada 2,685.01.Indeks FBM Emas naik
47.60 mata kepada 9,398.01, Indeks FBM70 meningkat 54.16 mata kepada
9,319.41 manakala Indeks FBM ACE turun 11.32 mata kepada 3,849.90. Saham untung mengatasi saham rugi dengan jumlah 407 berbanding 321
manakala 293 kaunter tidak berubah, 355 tidak diniagakan dan 39 yang
lain digantung urus niaga. Jumlah dagangan susut kepada 983.38 juta saham bernilai RM1.7 bilion,
berbanding 998.07 juta saham bernilai RM1.62 bilion semalam. Bagi saham-saham yang menyaksikan dagangan terbanyak, TMC Life
Sciences turun tiga sen kepada 52 sen, SIG Gases naik 3.5 sen kepada
92.5 sen manakala Carotech kekal pada 9.5 sen. Saham berwajaran tinggi, Sime Darby, menokok tiga sen kepada RM7.80,
Maxis turun tiga sen kepada RM5.40 manakala MISC jatuh dua sen kepada
RM8.86. Jumlah dagangan Pasaran Utama bertambah kepada 839.72 juta saham,
bernilai RM1.67 bilion daripada 803.65 juta saham bernilai RM1.59
bilion, semalam.Bagaimanapun, waran berkurangan 64.04 juta unit bernilai
RM11.55 juta, berbanding 82.27 juta unit bernilai RM11.33 juta. Pasaran ACE menyaksikan jumlah dagangannya susut kepada 75.17 juta
unit bernilai RM12.8 juta daripada 108.65 juta saham bernilai RM14.95
juta semalam. Barangan pengguna menguasai 60.920 juta saham yang diniagakan dalam
Pasaran Utama, barangan perusahaan 191.061 juta, pembinaan 76.961 juta,
perdagangan dan perkhidmatan 280.9 juta, teknologi 18.449 juta,
prasarana 28.034 juta, kewangan 85.649 juta, hotel 2.403 juta, harta
69.324 juta, perladangan 18.750 juta, perlombongan 23,100, REIT 7.188
juta, dan dana tertutup 55,400. - Bernama
No comments:
Post a Comment