KUALA LUMPUR 1 Ogos - Harga-harga saham di Bursa Malaysia dijangka
diniagakan tinggi minggu ini dengan petunjuk pasaran utama berlegar
antara 1,350 dan 1,395 mata. Bagaimanapun, para peniaga berkata, sebarang kenaikan minggu ini akan
dikekang oleh beberapa aktiviti pengambilan untung dengan para pelabur
kian bimbang terhadap tinjauan ekonomi global selepas data yang
dikeluarkan di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan pemulihan agak lembap. "Pasaran tempatan kekal disokong baik oleh kegiatan berpilih ke atas saham-saham berharga rendah. Belian berterusan untuk saham-saham
berwajaran tinggi terpilih akan membantu FBM KLCI melepasi paras 1,350
mata," kata seorang peniaga. OSK Research berkata, FBM KLCI minggu lalu telah meneruskan
keuntungannya selepas melepasi paras psikologi 1,350 mata, sesuatu yang
ia gagal melakukannya pada rali 2009 hingga 2010 sebelumnya. "Tinjauan teknikal serta merta untuk FBM KLCI kekal menyakinkan.
Hakikat yang indeks utama melepasi 1,350 mata, selepas gagal tiga kali
cubaan dalam tempoh Mac hingga Mei, merupakan perkembangan teknikal yang
positif," katanya. Untuk minggu baru berakhir, harga-harga saham ditutup
bercampur-campur dengan para pelabur mengambil keuntungan ke atas
saham-saham yang menunjukkan prestasi baik. FBM KLCI mengakhiri 15.24 mata lebih tinggi pada 1,360.92 daripada 1,345.68 Jumaat lepas. Ivory Properties Group Bhd. yang mula disenaraikan di pasaran utama
pada hari Rabu mencatatkan RM1.15, 15 sen premium daripada harga tawaran
RM1. Ia mengakhiri minggu lalu pada RM1.37 dengan 70,591 lot diniagakan. Indeks FBM Emas menambah 86.20 mata kepada 9,212.77, Indeks FBM70
naik 21.07 mata kepada 9,184.01 tetapi Indeks FBM Ace susut 21.24 mata
kepada 3,794.77. Indeks Kewangan melonjak 144.50 mata kepada 12,331.62, Indeks Perladangan menokok 19.29 mata kepada 6,399.38 sementara Indeks
Perusahaan lega 0.05 mata kepada 2,667.67. Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 4.347 bilion saham,
bernilai RM6.610 bilion daripada 4.175 bilion saham bernilai RM6.527
bilion yang diniagakan minggu sebelumnya. Jumlah dagangan di pasaran utama, bagaimanapun, merosot kepada 3.904
bilion saham bernilai RM6.520 bilion berbanding 4.237 bilion saham
bernilai RM6.384 bilion Jumaat sebelumnya. Jumlah dagangan di pasaran Ace berkurangan kepada 232.406 juta saham
bernilai RM42.425 juta daripada 273.18 juta saham bernilai RM216.745
juta. Waran yang diniagakan bagaimanapun lebih tinggi kepada 180.365 juta
saham bernilai RM28.372 juta berbanding 176.124 juta unit bernilai
RM29.516 juta minggu sebelumnya. - BERNAMA
Blog ini telah di kemaskini di http://seminarjutawansaham.blogspot.com
My Blog List

...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...
Barisan Penceramah

Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia
Destinasi Seminar

Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )
Monday, August 2, 2010
Monday, August 2, 2010
Harga Sahan Dijangka Tinggi
KUALA LUMPUR 1 Ogos - Harga-harga saham di Bursa Malaysia dijangka
diniagakan tinggi minggu ini dengan petunjuk pasaran utama berlegar
antara 1,350 dan 1,395 mata. Bagaimanapun, para peniaga berkata, sebarang kenaikan minggu ini akan
dikekang oleh beberapa aktiviti pengambilan untung dengan para pelabur
kian bimbang terhadap tinjauan ekonomi global selepas data yang
dikeluarkan di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan pemulihan agak lembap. "Pasaran tempatan kekal disokong baik oleh kegiatan berpilih ke atas saham-saham berharga rendah. Belian berterusan untuk saham-saham
berwajaran tinggi terpilih akan membantu FBM KLCI melepasi paras 1,350
mata," kata seorang peniaga. OSK Research berkata, FBM KLCI minggu lalu telah meneruskan
keuntungannya selepas melepasi paras psikologi 1,350 mata, sesuatu yang
ia gagal melakukannya pada rali 2009 hingga 2010 sebelumnya. "Tinjauan teknikal serta merta untuk FBM KLCI kekal menyakinkan.
Hakikat yang indeks utama melepasi 1,350 mata, selepas gagal tiga kali
cubaan dalam tempoh Mac hingga Mei, merupakan perkembangan teknikal yang
positif," katanya. Untuk minggu baru berakhir, harga-harga saham ditutup
bercampur-campur dengan para pelabur mengambil keuntungan ke atas
saham-saham yang menunjukkan prestasi baik. FBM KLCI mengakhiri 15.24 mata lebih tinggi pada 1,360.92 daripada 1,345.68 Jumaat lepas. Ivory Properties Group Bhd. yang mula disenaraikan di pasaran utama
pada hari Rabu mencatatkan RM1.15, 15 sen premium daripada harga tawaran
RM1. Ia mengakhiri minggu lalu pada RM1.37 dengan 70,591 lot diniagakan. Indeks FBM Emas menambah 86.20 mata kepada 9,212.77, Indeks FBM70
naik 21.07 mata kepada 9,184.01 tetapi Indeks FBM Ace susut 21.24 mata
kepada 3,794.77. Indeks Kewangan melonjak 144.50 mata kepada 12,331.62, Indeks Perladangan menokok 19.29 mata kepada 6,399.38 sementara Indeks
Perusahaan lega 0.05 mata kepada 2,667.67. Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 4.347 bilion saham,
bernilai RM6.610 bilion daripada 4.175 bilion saham bernilai RM6.527
bilion yang diniagakan minggu sebelumnya. Jumlah dagangan di pasaran utama, bagaimanapun, merosot kepada 3.904
bilion saham bernilai RM6.520 bilion berbanding 4.237 bilion saham
bernilai RM6.384 bilion Jumaat sebelumnya. Jumlah dagangan di pasaran Ace berkurangan kepada 232.406 juta saham
bernilai RM42.425 juta daripada 273.18 juta saham bernilai RM216.745
juta. Waran yang diniagakan bagaimanapun lebih tinggi kepada 180.365 juta
saham bernilai RM28.372 juta berbanding 176.124 juta unit bernilai
RM29.516 juta minggu sebelumnya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment