KUALA LUMPUR 24 Ogos - Bursa Malaysia kekal
berada di tangga teratas sebagai destinasi penyenaraian sukuk daripada
segi jumlah terbitan sejak tahun lalu, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya,
Datuk Yusli Mohamed Yusoff. Sehingga kini, kata beliau, sukuk bernilai AS$21.7 bilion (RM 67.2
bilion) telah disenaraikan di Bursa Malaysia yang tiga daripadanya
adalah penerbit asing. Menurut beliau, minat yang ditunjukkan oleh para penerbit sukuk ini
merupakan satu impak daripada keyakinan dalam pasaran modal Malaysia
yang digariskan kerajaan selain ketelusan yang ditonjolkannya. "Para penerbit sukuk yakin kerana kerajaan Malaysia telah menyediakan
peluang profil yang lebih baik melalui Bursa Malaysia,'' katanya pada majlis penyenaraian Program Sukuk Nota Jangka Sederhana Bank Pembangunan
Islam (IDB) bernilai RM1 bilion di sini hari ini. Tambah Yusli, selaras Malaysia sebagai pusat penerbitan sukuk utama,
pihaknya menjangka lebih banyak penerbit asing menyenaraikan sukuk
masing-masing di negara ini pada tahun ini. Katanya, Malaysia menawarkan kelengkapan untuk penyenaraian sukuk
infrastruktur, institusi, para pelabur dan beberapa lagi yang menyumbang
kepada nadi pasaran modal Islam. Sehingga kini, menurut beliau, pelbagai produk pasaran modal Islam
telah diniagakan melalui Bursa Malaysia termasuk hutang dan instrumen ekuiti, sukuk, amanah pelaburan hartanah (REITs) dan dana-dana dagangan
tukaran mata wang Islamik (Exchange Traded Fund). "Beberapa produk yang diperkenalkan ini adalah antara yang pertama di
dunia. "Secara faktanya, satu daripada inovasi produk yang dirintis melalui
Malaysia sejak tahun 1990an adalah sukuk,'' menurut beliau. Kata Yusli lagi, daripada siri jelajah Bursa Malaysia di Asia Barat
dan rantau Eropah, pihaknya mendapati wujudnya kesedaran di kalangan
penerbit terhadap apa yang ditawarkan Malaysia, terutamanya pasaran di
negara ini mempunyai kelebihan daripada segi harga berbanding pasaran di
negara- negara lain.- BERNAMA
Blog ini telah di kemaskini di http://seminarjutawansaham.blogspot.com
My Blog List

...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...
Barisan Penceramah

Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia
Destinasi Seminar

Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )
Wednesday, August 25, 2010
Wednesday, August 25, 2010
Bursa Malaysia kekal tempat popular senarai sukuk
KUALA LUMPUR 24 Ogos - Bursa Malaysia kekal
berada di tangga teratas sebagai destinasi penyenaraian sukuk daripada
segi jumlah terbitan sejak tahun lalu, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya,
Datuk Yusli Mohamed Yusoff. Sehingga kini, kata beliau, sukuk bernilai AS$21.7 bilion (RM 67.2
bilion) telah disenaraikan di Bursa Malaysia yang tiga daripadanya
adalah penerbit asing. Menurut beliau, minat yang ditunjukkan oleh para penerbit sukuk ini
merupakan satu impak daripada keyakinan dalam pasaran modal Malaysia
yang digariskan kerajaan selain ketelusan yang ditonjolkannya. "Para penerbit sukuk yakin kerana kerajaan Malaysia telah menyediakan
peluang profil yang lebih baik melalui Bursa Malaysia,'' katanya pada majlis penyenaraian Program Sukuk Nota Jangka Sederhana Bank Pembangunan
Islam (IDB) bernilai RM1 bilion di sini hari ini. Tambah Yusli, selaras Malaysia sebagai pusat penerbitan sukuk utama,
pihaknya menjangka lebih banyak penerbit asing menyenaraikan sukuk
masing-masing di negara ini pada tahun ini. Katanya, Malaysia menawarkan kelengkapan untuk penyenaraian sukuk
infrastruktur, institusi, para pelabur dan beberapa lagi yang menyumbang
kepada nadi pasaran modal Islam. Sehingga kini, menurut beliau, pelbagai produk pasaran modal Islam
telah diniagakan melalui Bursa Malaysia termasuk hutang dan instrumen ekuiti, sukuk, amanah pelaburan hartanah (REITs) dan dana-dana dagangan
tukaran mata wang Islamik (Exchange Traded Fund). "Beberapa produk yang diperkenalkan ini adalah antara yang pertama di
dunia. "Secara faktanya, satu daripada inovasi produk yang dirintis melalui
Malaysia sejak tahun 1990an adalah sukuk,'' menurut beliau. Kata Yusli lagi, daripada siri jelajah Bursa Malaysia di Asia Barat
dan rantau Eropah, pihaknya mendapati wujudnya kesedaran di kalangan
penerbit terhadap apa yang ditawarkan Malaysia, terutamanya pasaran di
negara ini mempunyai kelebihan daripada segi harga berbanding pasaran di
negara- negara lain.- BERNAMA
No comments:
Post a Comment