KUALA LUMPUR 11 Ogos - Stok minyak sawit yang
rendah untuk bulan Julai walaupun pengeluaran mengatasi eksport
membingungkan pasaran, kata OSK Research Sdn. Bhd. Pengeluaran meningkat tujuh peratus pada bulan Julai kepada 1.519
juta tan dan eksport meningkat sedikit sebanyak 1.8 peratus tetapi stok
merosot 45,400 tan kepada 1.41 juta tan. "Kami dapati ia membingungkan dan percaya ini boleh dijelaskan dengan
peningkatan dalam penggunaan tempatan," kata OSK sambil menambah yang
pengeluaran dari kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia nampak cerah
untuk baki tahun ini. Bagaimanapun, pihaknya percaya inventori bulan Julai adalah terendah
dan berada pada peringkat paling tertekan dalam kitaran stok. Eksport dalam 10 hari pertama bulan Ogos menunjukkan penurunan 14
peratus, dengan China mendahului kelemahan itu. Untuk pengeluaran, OSK berkata, tinjauan amat positif untuk separuh
kedua tahun ini. "Pembentukan buah sawit pada masa ini mencadangkan yang pengeluaran
akan kukuh untuk baki kitaran menaik bermusim dan berpotensi untuk
memuncak pada Oktober. OSK juga berkata, faktor La Nina juga amat positif untuk pengeluaran
minyak sawit mentah tahun depan. "Sementara penurunan hujan yang berlebihan boleh menjejaskan
pengeluaran buah tandan segar dan kadar ekstrak minyak yang rendah, kami
percaya yang pengagihan hujan yang turun ialah faktor yang lebih
penting. "Hujan yang konsisten juga membantu mengganti lembapan tanah,
terutamanya di kawasan-kawasan yang mengalami kemarau pada awalnya,"
kata OSK. Dipercayai juga yang faktor La Nina adalah positif untuk pengeluaran
tahun 2011, terutamanya pada separuh kedua tahun. - Bernama
Blog ini telah di kemaskini di http://seminarjutawansaham.blogspot.com
My Blog List

...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...
Barisan Penceramah

Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia
Destinasi Seminar

Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )
Thursday, August 12, 2010
Thursday, August 12, 2010
Stok minyak sawit membingungkan
KUALA LUMPUR 11 Ogos - Stok minyak sawit yang
rendah untuk bulan Julai walaupun pengeluaran mengatasi eksport
membingungkan pasaran, kata OSK Research Sdn. Bhd. Pengeluaran meningkat tujuh peratus pada bulan Julai kepada 1.519
juta tan dan eksport meningkat sedikit sebanyak 1.8 peratus tetapi stok
merosot 45,400 tan kepada 1.41 juta tan. "Kami dapati ia membingungkan dan percaya ini boleh dijelaskan dengan
peningkatan dalam penggunaan tempatan," kata OSK sambil menambah yang
pengeluaran dari kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia nampak cerah
untuk baki tahun ini. Bagaimanapun, pihaknya percaya inventori bulan Julai adalah terendah
dan berada pada peringkat paling tertekan dalam kitaran stok. Eksport dalam 10 hari pertama bulan Ogos menunjukkan penurunan 14
peratus, dengan China mendahului kelemahan itu. Untuk pengeluaran, OSK berkata, tinjauan amat positif untuk separuh
kedua tahun ini. "Pembentukan buah sawit pada masa ini mencadangkan yang pengeluaran
akan kukuh untuk baki kitaran menaik bermusim dan berpotensi untuk
memuncak pada Oktober. OSK juga berkata, faktor La Nina juga amat positif untuk pengeluaran
minyak sawit mentah tahun depan. "Sementara penurunan hujan yang berlebihan boleh menjejaskan
pengeluaran buah tandan segar dan kadar ekstrak minyak yang rendah, kami
percaya yang pengagihan hujan yang turun ialah faktor yang lebih
penting. "Hujan yang konsisten juga membantu mengganti lembapan tanah,
terutamanya di kawasan-kawasan yang mengalami kemarau pada awalnya,"
kata OSK. Dipercayai juga yang faktor La Nina adalah positif untuk pengeluaran
tahun 2011, terutamanya pada separuh kedua tahun. - Bernama
No comments:
Post a Comment