KUALA LUMPUR 8 Ogos - Bursa Malaysia dijangka
meningkat lebih tinggi minggu depan, disokong oleh momentum belian yang
kukuh selepas pembetulan teknikal minggu lepas, kata para peniaga. Mereka berkata, minat pelabur akan bertumpu ke atas saham berwajaran
tinggi terpilih selain saham bermodal kecil dan sederhana, manakala
lebihan mudah tunai yang besar akan mengekalkan kecergasan pasaran. "Pasaran akan mendapat rangsangan daripada peningkatan minat terhadap
risiko di kalangan pelabur tempatan dan asing," kata seorang peniaga. Ketua penyelidik MIMB Investment Bank Bhd., Dr. Mohd. Nazri Khan
berkata, paras sokongan dijangka berkisar pada 1,350 mata, dengan
ketahanan pada 1,392 mata. Beliau berkata, harga ringgit dan minyak sawit mentah yang lebih
kukuh minggu depan memberi isyarat mengenai momentum peningkatan yang
kukuh. "Kaunter yang menjadi tumpuan ialah kewangan, pembinaan dan hartanah,
yang akan mendapat manfaat daripada Bajet 2011," katanya. Mohd. Nazri bagaimanapun berkata, sentimen pasaran akan kekal
ditentukan oleh faktor luaran seperti Wall Street dan data gaji pekerja
bukan ladang di Amerika Syarikat yang disiarkan pada Jumaat. Bagi minggu baru berakhir, pasaran mengalami tekanan akibat
pengambilan untung susulan rali berterusan dan data ekonomi yang lemah
dari Amerika Syarikat. Kerugian terhad oleh momentum belian berterusan. Pasaran bergerak dalam jajaran 1,358.52 dan 1,370.52 mata sepanjang
minggu. Indeks FBM Emas meningkat 11.87 mata kepada 9,224.64, FBM70 menokok
69.26 mata kepada 9,253.27 dan Indeks FBM Ace meningkat 32.89 mata
kepada 3,827.66. Indeks Kewangan turun 46.07 mata kepada 12,285.55, Indeks Perladangan
meningkat 90.37 mata kepada 6,489.75 manakala Indeks Perusahaan turun
12.57 mata kepada 2,655.1. Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 4.741 bilion saham,
bernilai RM6.766 bilion berbanding 4.347 bilion saham bernilai RM6.610
bilion, yang diurusniagakan minggu lepas. Jumlah dagangan di pasaran utama meningkat kepada 4.234 bilion saham,
bernilai RM6.653 bilion berbanding 3.904 bilion saham, bernilai RM6.520
bilion Jumaat lepas. Jumlah dagangan di pasaran Ace meningkat kepada 251.523 juta saham
bernilai RM50.776 juta berbanding 232.406 juta saham bernilai RM42.425
juta sebelumnya. Waran meningkat kepada 209.063 juta saham bernilai RM33.509 juta
berbanding 180.365 juta saham, bernilai RM28.372 juta, dicatatkan minggu
lepas. - Bernama
Blog ini telah di kemaskini di http://seminarjutawansaham.blogspot.com
My Blog List

...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...
Barisan Penceramah

Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia
Destinasi Seminar

Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )
Monday, August 9, 2010
Monday, August 9, 2010
Saham KL dijangka meningkat lebih tinggi
KUALA LUMPUR 8 Ogos - Bursa Malaysia dijangka
meningkat lebih tinggi minggu depan, disokong oleh momentum belian yang
kukuh selepas pembetulan teknikal minggu lepas, kata para peniaga. Mereka berkata, minat pelabur akan bertumpu ke atas saham berwajaran
tinggi terpilih selain saham bermodal kecil dan sederhana, manakala
lebihan mudah tunai yang besar akan mengekalkan kecergasan pasaran. "Pasaran akan mendapat rangsangan daripada peningkatan minat terhadap
risiko di kalangan pelabur tempatan dan asing," kata seorang peniaga. Ketua penyelidik MIMB Investment Bank Bhd., Dr. Mohd. Nazri Khan
berkata, paras sokongan dijangka berkisar pada 1,350 mata, dengan
ketahanan pada 1,392 mata. Beliau berkata, harga ringgit dan minyak sawit mentah yang lebih
kukuh minggu depan memberi isyarat mengenai momentum peningkatan yang
kukuh. "Kaunter yang menjadi tumpuan ialah kewangan, pembinaan dan hartanah,
yang akan mendapat manfaat daripada Bajet 2011," katanya. Mohd. Nazri bagaimanapun berkata, sentimen pasaran akan kekal
ditentukan oleh faktor luaran seperti Wall Street dan data gaji pekerja
bukan ladang di Amerika Syarikat yang disiarkan pada Jumaat. Bagi minggu baru berakhir, pasaran mengalami tekanan akibat
pengambilan untung susulan rali berterusan dan data ekonomi yang lemah
dari Amerika Syarikat. Kerugian terhad oleh momentum belian berterusan. Pasaran bergerak dalam jajaran 1,358.52 dan 1,370.52 mata sepanjang
minggu. Indeks FBM Emas meningkat 11.87 mata kepada 9,224.64, FBM70 menokok
69.26 mata kepada 9,253.27 dan Indeks FBM Ace meningkat 32.89 mata
kepada 3,827.66. Indeks Kewangan turun 46.07 mata kepada 12,285.55, Indeks Perladangan
meningkat 90.37 mata kepada 6,489.75 manakala Indeks Perusahaan turun
12.57 mata kepada 2,655.1. Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 4.741 bilion saham,
bernilai RM6.766 bilion berbanding 4.347 bilion saham bernilai RM6.610
bilion, yang diurusniagakan minggu lepas. Jumlah dagangan di pasaran utama meningkat kepada 4.234 bilion saham,
bernilai RM6.653 bilion berbanding 3.904 bilion saham, bernilai RM6.520
bilion Jumaat lepas. Jumlah dagangan di pasaran Ace meningkat kepada 251.523 juta saham
bernilai RM50.776 juta berbanding 232.406 juta saham bernilai RM42.425
juta sebelumnya. Waran meningkat kepada 209.063 juta saham bernilai RM33.509 juta
berbanding 180.365 juta saham, bernilai RM28.372 juta, dicatatkan minggu
lepas. - Bernama
No comments:
Post a Comment