...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Thursday, August 5, 2010

Bursa lemah seiring kejatuhan di Wall Street

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup lebih rendah buat hari kedua berturut-turut hari ini sejajar dengan prestasi lemah semalaman Wall Street, kata peniaga. Pada pukul 5 petang, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) merosot 1.09 mata atau 0.08 peratus kepada 1,362.74. Indeks penanda aras itu dibuka 0.32 mata lebih rendah pada 1,363.51 berbanding pada penutup semalam iaitu 1,363.83 dan bergerak di antara 1,359.19 dan 1,364.05. Di Wall Street, purata industri Dow Jones jatuh 38 mata kepada 10,636.38, Indeks Standard & Poor"s 500 susut 5.4 mata kepada 1,120.46 dan Indeks Komposit Nasdaq merosot 11.84 mata kepada 2,283.52. Indeks Kewangan jatuh 20.6 mata kepada 12,284.53, Indeks Perladangan naik 15.59 mata kepada 6,431.36 dan Indeks Perusahaan susut 0.6 mata kepada 2,671.09. Indeks FBM Emas merosot 1.25 mata kepada 9,231.54, Indeks FBM70 bertambah 4.04 mata kepada 9,224.1 dan Indeks FBM Ace meningkat 7.53 mata kepada 3,822.54. Kaunter rugi mengatasi untung dengan 363 berbanding 322 sementara 286 kaunter tidak berubah, 398 tidak didagangkan dan 29 yang lain digantung. Jumlah dagangan menyusut kepada 811.414 juta saham bernilai  RM1.188 bilion daripada 1.106 bilion saham bernilai RM1.463 bilion semalam. Di kalangan saham aktif,  Sinotop naik setengah sen kepada 18 sen, Zelan meningkat 17.5 sen kepada 78 sen dan Time Dotcom naik sempat sen kepada 65 sen.Unisem-Ca menyusut 2.5 sen kepada 12.5 sen.Axiata susut dua sen kepada RM4.30 dan Maxis tidak berubah pada RM5.30 sementara Tenaga naik satu sen kepada RM8.68. Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 699.711 juta saham bernilai RM1.167 bilion daripada 999.769 juta saham bernilai RM1.435 bilion semalam. Warant naik kepada 55.384 juta unit bernilai RM9.846 juta daripada 33.645 juta unit bernilai RM5.520 juta.Perolehan dagangan pada Pasaran ACE jatuh kepada 47.430 juta saham bernilai RM6.698 juta daripada 65.641 juta saham bernilai RM17.309 juta. Barangan pengguna menguasai 103.296 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, barangan industri 110.099 juta, pembinaan 92.807 juta, dagangan dan perkhidmatan 168.595 juta, teknologi 40.149 juta, prasarana 30.433 juta, kewangan 49.913 juta, hotel 2.135 juta, harta 76.722 juta, perladangan 18.909 juta,  perlombongan 5,200, REIT 6.418 juta dan dana tertutup 229,900 - Bernama

No comments:

Post a Comment