KUALA LUMPUR 15 Ogos - Harga saham di Bursa Malaysia dijangka
diniagakan rendah minggu ini apabila data utama yang dikeluarkan di
Amerika Syarikat (AS) menunjukkan petanda kemungkinan kelemahan ekonomi
yang boleh mencetuskan satu lagi pusingan sentimen berhati-hati di
kalangan pelabur. "Pasaran dijangka bermula kukuh berikutan sentimen menaik berterusan
daripada aliran meningkat pada Jumaat tetapi ia dijangka beransur lemah
dengan pantas," kata seorang penganalisis. Pasaran pulih semula pada Jumaat lalu selepas mencatatkan kerugian
tiga hari berturut-turut, sejajar dengan lantunan semula di pasaran
serantau dengan kenaikan diterajui oleh Genting dan kaunter-kaunter
berkaitannya susulan berita Genting New York memenangi bidaan francais
perjudian. Pada lewat hari kemudiannya, Jabatan Perdagangan AS mengumumkan
bahawa data peruncit AS meningkat kurang daripada yang dijangkakan pada
Julai dengan kenaikan hanya 0.4 peratus diterajui oleh auto dan petrol. Tidak termasuk peniaga auto dan stesen petrol, pembelian turun 0.1
peratus. Tuntutan orang yang tidak bekerja juga meningkat tanpa dijangka ke
paras tertinggi dalam tempoh enam bulan, menunjukkan pemulihan ekonomi
kian melemah. Pasaran memerlukan petunjuk kukuh bahawa ekonomi AS dan global berada
di landasan pertumbuhan padu untuk ia melepasi situasi 'suam-suam
kuku', kata penganalisis itu. Bagi sentimen yang lebih positif, seorang peniaga berkata, momentum
menurun pasaran akan menjadi peluang baik untuk membeli saham defensif
pada nilai lebih baik."Oleh itu, kita boleh menjangkakan aktiviti pembelian saham murah
sekali sekala," katanya. OSK Research berkata, paras ketahanan kukuh Indeks Komposit Kuala
Lumpur Bursa Malaysia FTSE (FBM KLCI) ialah pada 1,395 dengan sokongan
awal dilihat pada 1,350, diikuti paras 1,332 dan 1,326. "Penurunan di bawah paras 1,350 mungkin menyebabkan beberapa jualan
panik," kata firma penyelidikan itu. Bagi asas mingguan, FBM KLCI turun 0.3 mata kepada 1,360.15
berbanding 1,360.45 pada Jumaat minggu sebelumnya. Indeks FBM Emas susut 12.58 mata kepada 9,212.06, FBM TOP 100 turun
13.49 mata kepada 8,951.85 dan Indeks FBM Ace berkurangan 14.4 mata
kepada 3,813.26. Indeks Kewangan berkurangan 70.82 mata kepada 12,214.73, Indeks
Perladangan naik 8.59 mata kepada 6,498.34 dan Indeks Perusahaan susut
3.89 mata kepada 2,651.21. Jumlah dagangan mingguan turun kepada 3.939 bilion saham bernilai
RM5.813 bilion daripada 4.741 bilion saham bernilai RM6.766 bilion
sebelumnya. Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 3.462 bilion saham
bernilai RM5.729 bilion daripada 4.234 bilion saham bernilai RM6.653
bilion. Jumlah dagangan Pasaran Ace susut kepada 199.22 juta saham bernilai
RM32.095 juta daripada 251.523 juta saham bernilai RM50.776 juta. Waran meningkat kepada 254.08 juta unit bernilai RM42.136 juta
daripada 209.063 juta unit bernilai RM33.509 juta. - BERNAMA
Blog ini telah di kemaskini di http://seminarjutawansaham.blogspot.com
My Blog List

...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...
Barisan Penceramah

Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia
Destinasi Seminar

Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )
Monday, August 16, 2010
Monday, August 16, 2010
Saham diniaga rendah minggu ini
KUALA LUMPUR 15 Ogos - Harga saham di Bursa Malaysia dijangka
diniagakan rendah minggu ini apabila data utama yang dikeluarkan di
Amerika Syarikat (AS) menunjukkan petanda kemungkinan kelemahan ekonomi
yang boleh mencetuskan satu lagi pusingan sentimen berhati-hati di
kalangan pelabur. "Pasaran dijangka bermula kukuh berikutan sentimen menaik berterusan
daripada aliran meningkat pada Jumaat tetapi ia dijangka beransur lemah
dengan pantas," kata seorang penganalisis. Pasaran pulih semula pada Jumaat lalu selepas mencatatkan kerugian
tiga hari berturut-turut, sejajar dengan lantunan semula di pasaran
serantau dengan kenaikan diterajui oleh Genting dan kaunter-kaunter
berkaitannya susulan berita Genting New York memenangi bidaan francais
perjudian. Pada lewat hari kemudiannya, Jabatan Perdagangan AS mengumumkan
bahawa data peruncit AS meningkat kurang daripada yang dijangkakan pada
Julai dengan kenaikan hanya 0.4 peratus diterajui oleh auto dan petrol. Tidak termasuk peniaga auto dan stesen petrol, pembelian turun 0.1
peratus. Tuntutan orang yang tidak bekerja juga meningkat tanpa dijangka ke
paras tertinggi dalam tempoh enam bulan, menunjukkan pemulihan ekonomi
kian melemah. Pasaran memerlukan petunjuk kukuh bahawa ekonomi AS dan global berada
di landasan pertumbuhan padu untuk ia melepasi situasi 'suam-suam
kuku', kata penganalisis itu. Bagi sentimen yang lebih positif, seorang peniaga berkata, momentum
menurun pasaran akan menjadi peluang baik untuk membeli saham defensif
pada nilai lebih baik."Oleh itu, kita boleh menjangkakan aktiviti pembelian saham murah
sekali sekala," katanya. OSK Research berkata, paras ketahanan kukuh Indeks Komposit Kuala
Lumpur Bursa Malaysia FTSE (FBM KLCI) ialah pada 1,395 dengan sokongan
awal dilihat pada 1,350, diikuti paras 1,332 dan 1,326. "Penurunan di bawah paras 1,350 mungkin menyebabkan beberapa jualan
panik," kata firma penyelidikan itu. Bagi asas mingguan, FBM KLCI turun 0.3 mata kepada 1,360.15
berbanding 1,360.45 pada Jumaat minggu sebelumnya. Indeks FBM Emas susut 12.58 mata kepada 9,212.06, FBM TOP 100 turun
13.49 mata kepada 8,951.85 dan Indeks FBM Ace berkurangan 14.4 mata
kepada 3,813.26. Indeks Kewangan berkurangan 70.82 mata kepada 12,214.73, Indeks
Perladangan naik 8.59 mata kepada 6,498.34 dan Indeks Perusahaan susut
3.89 mata kepada 2,651.21. Jumlah dagangan mingguan turun kepada 3.939 bilion saham bernilai
RM5.813 bilion daripada 4.741 bilion saham bernilai RM6.766 bilion
sebelumnya. Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 3.462 bilion saham
bernilai RM5.729 bilion daripada 4.234 bilion saham bernilai RM6.653
bilion. Jumlah dagangan Pasaran Ace susut kepada 199.22 juta saham bernilai
RM32.095 juta daripada 251.523 juta saham bernilai RM50.776 juta. Waran meningkat kepada 254.08 juta unit bernilai RM42.136 juta
daripada 209.063 juta unit bernilai RM33.509 juta. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment