KUALA LUMPUR 23 Ogos - Sokongan kukuh bagi saham perbankan dan
kaunter wajaran tinggi utama melonjakkan Bursa Malaysia melepasi paras
1,400 mata hari ini. Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI)
meneruskan kenaikan minggu lepas untuk ditutup pada paras tertinggi
baharu dalam tempoh 31 bulan pada 1,403.15, peningkatan 8.13 mata
berbanding angka penutup pada Jumaat. Para peniaga berkata jangkaan pendapatan korporat yang positif
mengekalkan keseluruhan aliran pasaran. Kenanga Research berkata FBM KLCI terus menunjukkan kekuatan luar
biasa, dirangsang oleh mudah tunai dan jangkaan pendapatan korporat yang
lebih baik. Ia menjangka indeks utama itu menyaksikan paras ketahanan
segera pada 1,407 mata. Indeks Kewangan meningkat 94.95 mata kepada 12,743.07 manakala Indeks
Perladangan susut 0.47 mata kepada 6,535.97. Indeks Perusahaan naik
4.79 mata kepada 2,690.57. Indeks FBM Emas meningkat 31.92 mata kepada 9,438.93 tetapi Indeks
FBM70 berkurangan 3.53 mata kepada 9,314.06 dan Indeks FBM ACE jatuh
11.71 mata kepada 3,825.4. Jumlah dagangan turun kepada 805.113 juta saham bernilai RM1.338
bilion daripada 834.468 juta saham bernilai RM1.341 bilion pada Jumaat
minggu lepas. Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 465 berbanding 291
manakala 270 kaunter tidak berubah, 346 tidak diniagakan dan 43
digantung. Di kalangan saham cergas, Talam Corporation tidak berubah pada 10.5
sen, AE Multi Holdings naik setengah sen kepada 46.5 sen dan SAAG
Consolidated tidak berubah pada 6.5 sen. Focus Point memulakan dagangan
sulungnya di Pasaran ACE pada 40 sen, naik satu sen daripada harga
terbitannya pada 39 sen. Kaunter itu ditutup tiga sen lebih rendah pada
36 sen. Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 692.091 juta saham
bernilai RM1.315 bilion daripada 720.21 juta saham bernilai RM1.32
bilion. Waran meningkat kepada 63.32 juta unit bernilai RM10.65 juta
daripada 46.22 juta unit bernilai RM7.01 juta. Perolehan dagangan di Pasaran ACE turun kepada 45.841 juta unit
bernilai RM9.931 juta daripada 65.79 juta unit bernilai RM13.02 juta. Barangan pengguna menyumbang 58.3 juta saham yang diniagakan di
Pasaran Utama, barangan perindustrian 115.3 juta, pembinaan 48.8 juta,
perdagangan dan perkhidmatan 211.2 juta, teknologi 29.5 juta, prasarana
30.2 juta, kewangan 81.2 juta, hotel 2.02 juta, harta 94.4 juta,
perladangan 11.7 juta, perlombongan 192,400, REITs 8.97 juta, dan dana tertutup 104,700. - Bernama
Blog ini telah di kemaskini di http://seminarjutawansaham.blogspot.com
My Blog List

...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...
Barisan Penceramah

Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia
Destinasi Seminar

Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )
Tuesday, August 24, 2010
Tuesday, August 24, 2010
Bursa Malaysia lepasi 1400 mata
KUALA LUMPUR 23 Ogos - Sokongan kukuh bagi saham perbankan dan
kaunter wajaran tinggi utama melonjakkan Bursa Malaysia melepasi paras
1,400 mata hari ini. Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI)
meneruskan kenaikan minggu lepas untuk ditutup pada paras tertinggi
baharu dalam tempoh 31 bulan pada 1,403.15, peningkatan 8.13 mata
berbanding angka penutup pada Jumaat. Para peniaga berkata jangkaan pendapatan korporat yang positif
mengekalkan keseluruhan aliran pasaran. Kenanga Research berkata FBM KLCI terus menunjukkan kekuatan luar
biasa, dirangsang oleh mudah tunai dan jangkaan pendapatan korporat yang
lebih baik. Ia menjangka indeks utama itu menyaksikan paras ketahanan
segera pada 1,407 mata. Indeks Kewangan meningkat 94.95 mata kepada 12,743.07 manakala Indeks
Perladangan susut 0.47 mata kepada 6,535.97. Indeks Perusahaan naik
4.79 mata kepada 2,690.57. Indeks FBM Emas meningkat 31.92 mata kepada 9,438.93 tetapi Indeks
FBM70 berkurangan 3.53 mata kepada 9,314.06 dan Indeks FBM ACE jatuh
11.71 mata kepada 3,825.4. Jumlah dagangan turun kepada 805.113 juta saham bernilai RM1.338
bilion daripada 834.468 juta saham bernilai RM1.341 bilion pada Jumaat
minggu lepas. Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 465 berbanding 291
manakala 270 kaunter tidak berubah, 346 tidak diniagakan dan 43
digantung. Di kalangan saham cergas, Talam Corporation tidak berubah pada 10.5
sen, AE Multi Holdings naik setengah sen kepada 46.5 sen dan SAAG
Consolidated tidak berubah pada 6.5 sen. Focus Point memulakan dagangan
sulungnya di Pasaran ACE pada 40 sen, naik satu sen daripada harga
terbitannya pada 39 sen. Kaunter itu ditutup tiga sen lebih rendah pada
36 sen. Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 692.091 juta saham
bernilai RM1.315 bilion daripada 720.21 juta saham bernilai RM1.32
bilion. Waran meningkat kepada 63.32 juta unit bernilai RM10.65 juta
daripada 46.22 juta unit bernilai RM7.01 juta. Perolehan dagangan di Pasaran ACE turun kepada 45.841 juta unit
bernilai RM9.931 juta daripada 65.79 juta unit bernilai RM13.02 juta. Barangan pengguna menyumbang 58.3 juta saham yang diniagakan di
Pasaran Utama, barangan perindustrian 115.3 juta, pembinaan 48.8 juta,
perdagangan dan perkhidmatan 211.2 juta, teknologi 29.5 juta, prasarana
30.2 juta, kewangan 81.2 juta, hotel 2.02 juta, harta 94.4 juta,
perladangan 11.7 juta, perlombongan 192,400, REITs 8.97 juta, dan dana tertutup 104,700. - Bernama
No comments:
Post a Comment