...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Tuesday, September 28, 2010

Bursa kukuh di akhir dagangan

KUALA LUMPUR 27 Sept - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup lebih kukuh hari ini dengan Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) meningkat 0.9 peratus sejajar dengan pasaran serantau, kata para peniaga.
Berlaku sdikit tawar menawar pada saham berkaitan kewangan dan perladangan apabila kenaikan harga yang kukuh di Wall Street Jumaat lepas telah membantu merangsang pembelian pada bursa tempatan hari ini.
FBM KLCI ditutup meningkat 13.52 mata kepada 1,464.71. Indeks utama bergerak dalam jajaran sempit antara 1,456.30 dan 1,467.18 mata sepanjang hari ini, selepas dibuka meningkat 7.54 mata kepada 1,458.73.
Indeks FBM Emas melonjak 80.56 mata kepada 9,805.56, Indeks FBM 100 meningkat 83.16 mata kepada 9,587.55 dan Indeks FBM Ace menokok 18.28 mata kepada 3,866.94.
Indeks Kewangan meningkat 140.65 mata kepada 13,316.12, Indeks Perladangan meningkat 49.93 mata kepada 6,784.80 dan Indeks Perusahaan menokok 18.67 mata kepada 2,800.63.
Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 469 kepada 292 manakala 276 kaunter tidak berubah, 308 tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung.
Perolehan keseluruhan dicatatkan 1.158 bilion saham bernilai RM1.623 bilion, yang meningkat daripada 1.727 bilion saham bernilai RM1.531 bilion pada Jumaat lepas.
Karambunai merupakan kaunter aktif , menyaksikan sahamnya merosot 5.0 sen kepada 13 sen, SAAG Consolidated dan Asian Pac Holdings turun 0.5 sen setiap satu masing-masing kepada 8.5 sen dan 11.5 sen manakala Genting Malaysia-CL meningkat 0.5 sen kepada 19 sen dan Talam Corporation tidak berubah pada harga 10 sen.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama merosot kepada 923.307 juta saham bernilai RM1.575 bilion berbanding dengan 1.508 bilion saham bernilai RM1.492 bilion pada Jumaat lepas.
Waran meningkat kepada 133.755 juta saham bernilai RM27.104 juta berbanding dengan 116.036 juta saham bernilai RM21.836 juta yang dicatatkan sebelum ini. Perolehan di Pasaran ACE meningkat sedikit kepada 91.722 juta sahams bernilai RM12.726 juta daripada 91.247 juta saham bernilai RM10.575 juta Jumaat lepas.
Produk pengguna mencatatkan 37.706 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perusahaan 118.126 juta, pembinaan 67.649 juta, dagang dan perkhidmatan 285.189 juta, teknologi 26.687 juta, prasarana 23.129 juta, kewangan 62.089 juta, hotel 4.871 juta, hartanah 278.419 juta, perladangan 16.331 juta, perlombongan 4,900, REIT 2.962 juta dan dana tertutup 142,700. - Bernama

No comments:

Post a Comment