...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Wednesday, September 8, 2010

Pengambilan untung Bursa ditutup rendah

KUALA LUMPUR 7 Sept - Kebanyakan harga saham di Bursa Malaysia menyaksikan penutupan pada paras lebih rendah dengan pasaran kekal dalam lingkungan negatif ekoran pengambilan untung yang berterusan di kaunter-kaunter mewah, kata peniaga. Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) susut 0.41 mata kepada 1,434.27.Bagaimanapun, ada minat belian terhadap beberapa saham berharga sederhana dan rendah, dan kaunter-kaunter perladangan meskipun sentimen pasaran pada umumnya lemah. Peniaga-peniaga itu juga berkata sentimen berhati-hati berterusan ekoran ketidaktentuan dalam pasaran-pasaran serantau kerana pelabur-pelabur kurang yakin tentang kemampanan pertumbuhan ekonomi  global walaupun baru-baru ini terdapat berita tentang data-data pekerja AS yang positif. Mereka berkata pelabur-pelabur enggan membeli, malah menjual menjelang cuti Hari Raya yang bermula Jumaat ini. Indeks Kewangan turun 13.47 mata kepada 13,007.83 tetapi Indeks Perladangan naik 13.87 mata kepada 6,659.78 dan Indeks Perusahaan meningkat 6.61 mata kepada 2,758.88. Sementara itu, Indeks FBM Emas jatuh 5.15 mata kepada 9,568.54 dan Indeks FBM 70 turun 14.88 mata kepada 9,330.92 manakala Indeks FBM Ace bertambah 25.28 mata kepada 3,779.81. Jumlah dagangan mengecil kepada 641.94 juta bernilai RM1.17 bilion daripada 743.74 juta saham bernilai RM1.42 bilion semalam. Saham rugi mengatasi saham untung degan jumlah 354 berbanding 336 manakala 286 kaunter tidak berubah, 385 tidak diniagakan dan 35 yang lain digantung urus niaga. Antara saham cergas, Talam Corporation kekal pada 9.5 sen, Pacific & Orient naik 10 sen kepada RM1.14, KNM Group susut sesen kepada 39.5 sen dan SIG Gases naik empat sen kepada 81  sen. Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 553.911 juta saham bernilai RM1.155 bilion daripada 621.682 juta saham bernilai RM1.4 bilion semalam. Waran berkurangan kepada 32.792 juta unit bernilai  RM4.678 juta daripada 59.139 juta unit bernilai RM8.663 juta sebelumnya.Pasaran ACE mencatatkan penyusutan jumlah dagangan kepada 49.421 juta saham bernilai RM7.597 juta daripada 58.135 juta saham bernilai RM8.534 juta. Barangan pengguna menguasai 32.2 juta saham yang diniagakan dalam Pasaran Utama, barangan perusahaan 121.5 juta, pembinaan 49.9 juta, perdagangan dan perkhidmatan 170 juta,  teknologi 28.3 juta, prasarana 36.6 juta, kewangan 46.1 juta, hotel sejuta, harta 57.9 juta, perladangan 7.3 juta, perlombongan sifar, REIT 2.9 juta dan dana tertutup 16,100. - Bernama

No comments:

Post a Comment