...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Wednesday, September 15, 2010

FBM KLCI pada paras tertinggi baru

KUALA LUMPUR 14 Sept - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini didahului oleh saham kewangan berikutan laporan mengenai respons positif berhubung garis panduan baharu sektor perbankan dan ringgit yang mengukuh, kata para peniaga.
Semasa ditutup, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) menokok 17.48 mata kepada 1,474.44, satu rekod bagi tahun ini dan kali terakhir dilihat pada Januari 2008. FBM KLCI dibuka 0.66 mata lebih tinggi pada 1,457.62.
"Belian di keseluruhan pasaran mengukuh memandangkan sentimen penanda aras kekal rancak, dengan Genting dan Public Bank mendahului senarai untung," kata seorang peniaga.
Indeks Kewangan melonjak 219.38 mata kepada 13,379.67, Indeks Perladangan menambah 61.41 mata kepada 6,931.67 manakala Indeks Perusahaan naik 0.32 mata kepada 2,799.66.
Indeks FBM Emas menambah 96.82 mata kepada 9,829.71, FBM70 naik 34.02 mata pada 9,567.87 dan Indeks FBM Ace menokok 13.01 mata kepada 3,784.14. Jumlah dagangan meningkat kepada 1.040 bilion saham bernilai RM2.127 bilion daripada pada Isnin sebanyak 843.15 juta saham bernilai RM1.99 bilion.
Saham untung mengatasi rugi pada 503 berbanding 274 manakala 270 kaunter tidak berubah, 312 tidak didagangkan dan 37 yang lain digantung.
Antara saham aktif, Time DotCom susut 4.5 sen kepada 61.5 sen, ETI Tech menambah 1.5 sen kepada 28.5 sen dan Carotech kekal pada lapan sen. Genting Bhd mendahului saham untung, menambah 42 sen kepada RM9.96, manakala Genting Malaysia menokok enam sen kepada RM3.16.
Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 867.69 juta saham bernilai RM2.091 bilion daripada 679.86 juta saham bernilai RM1.96 bilion pada Isnin.
Waran melonjak kepada 72.828 juta unit bernilai RM13.899 juta daripada 80.44 juta unit bernilai RM16.57 juta semalam. Perolehan dagangan di pasaran ACE menambah kepada 87.08 juta saham bernilai RM13.362 juta daripada 75.78 juta saham bernilai RM12.69 juta semalam.
Barangan pengguna menguasai 80.382 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama; barangan perusahaan 163.734 juta; pembinaan 63.505 juta; dagangan dan perkhidmatan 69.547 juta; teknologi 69.58 juta;  infrastruktur 50.391 juta; kewangan 90.659 juta; hotel 1.836 juta; hartanah 71.217 juta; perladangan 28.753 juta; perlombongan 8,000; REIT 6.166 juta; dan dana tertutup 153,300. - Bernama

No comments:

Post a Comment