...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Monday, September 20, 2010

Harga saham diniaga tinggi

KUALA LUMPUR 19 Sept. - Harga saham di Bursa Malaysia dijangka diniagakan tinggi minggu depan di  tengah-tengah jangkaan berita positif daripada pengumuman utama oleh kerajaan.Ketua Penyelidikan Jupiter  Securities, Pong Teng Siew berkata, pasaran menunggu pengumuman butir-butir  terperinci Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Projek Penempatan Pekerjaan (EPP). "Selain itu, terdapat Bajet 2011 pada 15 Oktober 2010, yang mungkin akan mengumumkan lebih banyak manfaat. "Oleh itu, bagi tempoh beberapa minggu akan datang, terdapat cukup berita positif bagi merangsang pasaran untuk bergerak naik," katanya kepada Bernama. Bagaimanapun, Pong memberi amaran bahawa sekiranya ETP dan EPP tidak seperti yang diharapkan,  mungkin para pelabur akan berundur dari pasaran. Selain EPP, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan  (Pemandu) juga dijangka mengumumkan pada 21 Sept, 2010, peluang perniagaan yang tersedia.
"Keputusan kerjasama menyeluruh dengan sektor swasta akan didedahkan kepada komuniti perniagaan dan  orang awam," kata Pemandu dalam jemputannya ke Hari Terbuka ETP pada Selasa. Menerusi siri-siri  bengkel kerja dan makmal dengan kerjasama sektor swasta, Pemandu telah mengenal pasti  12 Bidang Ekonomi Utama Negara dan merangka strategi, pelan dan inisiatif padu untuk menukarkan negara  menjadi  sebuah ekonomi berpendapatan tinggi yang mampan dan terangkum. Rangsangan positif lain ialah pengukuhan ringgit dan pengumuman garis panduan Basel III bagi sektor  perbankan. OSK Research berkata, prospek teknikal jangka terdekat FBM KLCI dijangka bulis. Bagi asas Khamis ke Jumaat, FBM KLCI naik sebanyak 29.19 mata untuk ditutup kepada 1,466.97 daripada 1,473.78 pada Khamis minggu lepas. Indeks FBM Emas meningkat 207.58 mata kepada 9,804.62, Indeks FBM100 menokok 203.98 mata kepada 9,594.03 dan Indeks FBM Ace menambah 99.41 mata kepada 3,880.06. Indeks Kewangan naik 342.9 mata kepada 13,375.26 dan Indeks Perladangan menambah 95.21 mata kepada 6,855.23. Bagaimanapun, Indeks Perusahaan turun 27.71 mata kepada 2,787.92. Pasaran ditutup pada Jumaat minggu lepas sempena cuti Hari  Raya. Jumlah dagangan mingguan naik kepada 3.575 bilion saham bernilai RM7.460 bilion daripada 2.442 bilion saham bernilai RM4.493 bilion Khamis minggu lepas. Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat  kepada 2.891 bilion unit bernilai RM7.316 bilion daripada 2.022 bilion unit bernilai RM4.421 sebelumnya. Jumlah dagangan Pasaran Ace menambah kepada 307.57 juta saham bernilai RM48.627 juta daripada 248.967 juta saham bernilai RM35.592 juta pada Khamis minggu sebelumnya. Waran menokok kepada 343.327 juta unit bernilai RM67.835 juta daripada 153.841 juta unit bernilai RM22.533 juta sebelumnya. -  Bernama

No comments:

Post a Comment