...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Wednesday, September 29, 2010

Bursa lemah di akhir dagangan

KUALA LUMPUR 28 Sept - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup lebih rendah hari ini setelah kebanyakan saham wajaran tinggi berehat seketika berikutan prestasi lemah bursa serantau, kata para peniaga.
Dalam dagangan jajaran kecil, Indeks komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) turun 5.07 mata, atau 0.35 peratus, untuk ditutup pada 1,459.64.
Indeks utama dibuka 1.30 mata lebih rendah pada 1,463.41 pada sebelah pagi.Indeks FBM Emas susut 41.59 mata kepada 9,763.97, FBM Top 100 turun 39.58 mata kepada 9,547.97 dan Indeks FBM Ace berkurangan 14.98 mata kepada 3,851.96.
Indeks Kewangan jatuh 20.78 mata kepada 13,295.34, Indeks Perladangan susut 22.17 mata kepada 6,762.63 dan Indeks Perusahaan berkurangan 9.78 mata kepada 2,790.85.
Saham rugi mengatasi saham untung pada 493 berbanding 244 manakala 289 kaunter kekal, 327 tidak didagangkan dan 30 yang lain digantung.
Jumlah dagangan keseluruhannya turun kepada 976.982 juta saham bernilai RM1.351 bilion daripada 1.158 bilion bernilai RM1.623 bilion semalam.
Antara saham aktif, Karambunai turun 1.5 sen kepada 11.5 sen, SAAG Consolidated susut setengah sen kepada lapan sen manakala Genting Malaysia-CL jatuh dua sen kepada 17 sen.
Kencana-CD naik enam sen kepada 22 sen dan Unisem-CA menambah 1.5 sen kepada 7.5 sen.
Antara saham wajaran tinggi, Tenaga Nasional turun 12 sen kepada RM8.88, Axiata susut enam sen kepada RM4.44 dan IOI Corp jatuh lima sen kepada RM5.50.
Genting Malaysia susut empat sen kepada RM3.41 dan Gamuda rugi sembilan sen kepada RM3.80.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 686.260 juta saham bernilai RM1.298 bilion daripada 923.307 juta saham bernilai RM1.575 bilion pada Isnin.
Waran meningkat kepada 205.774 juta unit bernilai RM34.929 juta daripada 133.755 juta unit bernilai RM27.104 juta semalam. JPerolehan dagangan di pasaran ACE susut kepada 74.683 juta saham bernilai RM11.138 juta daripada 91.722 juta saham bernilai RM12.726 juta sebelumnya.
Barangan pengguna menguasai 29.238 juta saham didagangkan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 132.117 juta, pembinaan 81.162 juta, perdagangan dan perkhidmatan 205.143 juta, teknologi 43.744 juta, infrastruktur 15.482 juta, kewangan 36.710 juta, hotel 2.758 juta, hartanah 101.102 juta, perladangan 15.815 juta, perlombongan 854,700, REIT 22.046 juta dan dana tertutup 89,900.
- Bernama

No comments:

Post a Comment