...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Monday, September 27, 2010

Pelabur dijangka 'tunggu dan lihat'

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Harga-harga saham di Bursa Malaysia dijangka bergerak dalam jajaran sempit minggu depan apabila para pelabur mengambil sikap tunggu dan lihat ekoran kebimbangan berlarutan tentang kelemahan ekonomi AS dan Eropah.
Ketua Penyelidikan Runcit Maybank Investment Bank, Lee Cheng Hooi, berkata, sokongan bagi Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) mungkin pada paras 1,430 hingga 1,450 manakala halangan pada paras di antara 1,462 dengan 1,480.
"Pelabur-pelabur ingin berurus niaga di kaunter-kaunter berharga rendah dan akan muncul kegiatan membeli dan menjual berselang seli," kata Cheng Hooi kepada Bernama.
Ketua Penyelidikan Jupiter Securities, Pong Teng Siew berkata, pelabur-pelabur melanggani saham secara berpilih-pilih.
Menurut Teng Siew, ada pandangan yang mengatakan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini akan memberi faedah kepada syarikat-syarikat pembinaan yang dijangka menjadi tarikan pelabur.
"Bagaimanapun, ETP tidak memberikan kesan serta merta ke atas pasaran pada keseluruhannya kerana pelabur-pelabur menunggu perincian khusus tentang pelaksanaan jangka panjangnya," kata Teng Siew.
Minggu ini, FBM KLCI mencecah tahap tertinggi baharu selepas dua setengah tahun pada Selasa, dengan disokong oleh prestasi teguh pasaran-pasaran serantau dan berikutan pengumuman ETP.
Namun demikian, kegiatan mengambil untung muncul tiga hari berturut-turut berikutnya, dengan kaunter-kaunter mewah mencatatkan kejatuhan besar.
Sentimen juga lemah dengan berita penilaian yang tidak memberangsangkan daripada Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan Rizab Persekutuan AS yang membayangkan bahawa pemulihan ekonomi AS kini lembap.
Kebimbangan yang berlanjutan tentang krisis hutang Eropah dan kelemahan ekonomi juga menghantui sentimen pelabur.
Pada Jumaat, pasaran berjaya menebus sebahagian daripada kejatuhan sebelumnya dalam sesi dagangan petang berikutan kegiatan membeli saham murah.
Berdasarkan Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI turun 15.78 mata kepada 1,451.19 daripada 1,466.97.
Indeks FBM Emas susut 79.62 mata kepada 9,725 daripada 9,804.62, Indeks FBM 100 jatuh 89.64 mata kepada 9,504.39 daripada 9,594.03 dan Indeks FBM Ace hilang 31.40 mata kepada 3,848.66 daripada 3,880.06.
Indeks Kewangan jatuh 199.79 mata kepada 13,175.47 daripada 13,375.26, Indeks Perladangan turun 120.36 mata kepada 6,734.87 daripada 6,855.23 dan Indeks Perusahaan susut 5.96 mata kepada 2,781.60 daripada 2,787.92.
Jumlah dagangan mingguan bertambah kepada 5.958 bilion saham bernilai RM7.865 bilion daripada 3.575 bilion saham bernilai RM7.460 bilion.
Pasaran Utama mencatatkan peningkatan jumlah dagangan kepada 4.548 bilion unit bernilai RM7.574 bilion daripada 2.891 bilion unit bernilai RM7.316 bilion.
Pasaran Ace menyaksikan jumlah dagangan meningkat kepada 469.517 juta saham bernilai RM62.606 juta daripada 307.57 juta saham bernilai RM48.627 juta.
Waran bertambah kepada 889.66 juta unit bernilai RM193.161 juta daripada 343.327 juta unit bernilai RM67.835 juta. - Bernama

No comments:

Post a Comment