...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Tuesday, September 21, 2010

Kegiatan pengambilan untung Bursa ditutup rendah

KUALA LUMPUR 20 Sept - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup kebanyakannya rendah hari ini kerana kegiatan pengambilan untung selepas meraih perolehan minggu lepas, kata para peniaga.
Minat belian lewat untuk saham-saham berwajaran tinggi, bagaimanapun, menolak naik Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) sebanyak 2.72 mata untuk ditutup pada 1,469.69.Ia dibuka 3.76 mata lebih tinggi pada 1,470.73.
MIMB Investment Bank berkata FBM KLCI telah sampai tempoh untuk pembetulan jangka pendek. Indeks Perladangan mengukuh 31.49 mata kepada 6,886.72 dan Indeks Perusahaan menambah 1.58 mata kepada 2,789.5. Indeks Kewangan, bagaimanapun, turun 27.14 mata kepada 13,348.12.
Indeks FBM70 susut 10.119 mata kepada 9,609.19 dan Indeks FBM Ace lega 0.12 mata kepada 3,879.94.Indeks FBM Emas sebaliknya pula, menambah 8.88 mata kepada 9,813.5.
Jumlah dagangan merosot kepada 850.799 juta saham bernilai RM1.381 bilion daripada 967.527 juta saham bernilai RM1.906 bilion Jumaat lepas.
Saham-saham rugi mengatasi saham untung dengan 417 berbalas 316 sementara 269 kaunter tidak berubah, 359 tidak diniagakan dan 36 yang lain digantung urus niaga. Saham-saham perbankan pula, Public Bank berkurangan enam sen kepada RM12.70 dan RHB Capital susut empat sen kepada RM7.00.
Saham-saham berwajaran tinggi, CIMB naik empat sen kepada RM8.31, Sime Darby menambah 15 sen kepada RM8.30 dan Tenaga Nasional menambah lima sen kepada RM9.06.
Kaunter-kaunter pembinaan meningkat dengan jangkaan pengumuman Program Transformasi Ekonomi esok yang akan memberikan mereka rangsangan.
Jumlah dagangan di pasaran utama susut kepada 628.999 juta saham bernilai RM1.329 bilion daripada 786.320 juta saham bernilai RM1.868 bilion Jumaat lepas.
Waran pula berkurangan kepada 93.969 juta unit bernilai RM27.91 juta daripada 94.333 juta unit bernilai RM18.549 juta sebelumnya. Jumlah dagangan di pasaran ACE menambah kepada 119.054 juta saham bernilai RM17.542 juta daripada 77.998 juta saham bernilai RM12.093 juta minggu lepas.
Produk pengguna menguasai 31.5 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian 159.5 juta; pembinaan 76.2 juta; urus niaga dan perkhidmatan 160.4 juta; teknologi 31.1 juta; infrastruktur 19.1 juta; kewangan 48.7 juta; perhotelan 4.4 juta; hartanah 76.2 juta; perladangan 12.5 juta; perlombongan 0; REIT 8.9 juta; dan dana tertutup 132,000. - Bernama

No comments:

Post a Comment