...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Wednesday, September 22, 2010

FBM KLCI ke paras tertinggi baru

KUALA LUMPUR 21 Sept - Harga-harga saham di Bursa Malaysia, yang disokong oleh minat belian yang kukuh, mendorong Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) meningkat ke paras tertinggi baharu sejak dua setengah tahun lepas.
Indeks berkenaan mengakhiri dagangan lebih tinggi pada 1,475.99. Bagaimanapun, kaunter-kaunter kewangan, Maybank, Public Bank dan CIMB mengalami tekanan jualan.
Peniaga-peniaga berkata Program Transformasi Ekonomi (ETP), yang bertujuan meningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada kadar enam peratus setiap tahun di antara 2011 dengan 2020, merangsang sentimen pasaran.
Prestasi kukuh Wall Street dan pasaran-pasaran Asia juga merangsang sentimen pasaran di bursa tempatan.
Indeks Perladangan meningkat 36.36 mata kepada 6,923.08 dan Indeks Perusahaan menokok 11.87 mata kepada 2,801.37.
Bagaimanapun, Indeks Kewangan susut 16.32 mata kepada 13,331.80, Indeks FBM Ace turun 36.75 mata kepada 3,843.19 tetapi Indeks FBM70 melonjak 42.30 mata kepada 9,651.49. Jumlah dagangan bertambah kepada 1.049 bilion saham bernilai RM1.513 bilion, daripada 850.799 juta saham bernilai RM1.381 bilion yang dicatatkan semalam.
Saham untung mengatasi saham rugi dengan jumlah 368 berbanding 345 manakala 319 kaunter tidak berubah, 322 tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung urus niaga.
Antara saham cergas, KNM Group naik setengah sen kepada 45 sen, Tejari Technologies turun 2.5 sen kepada 18.5 sen, Asiaep menambah setengah sen kepada 8.5 sen dan Berjaya Corporation mengukuh tujuh sen kepada RM1.14.
Jumlah dagangan dalam pasaran utama bertambah kepada 722.142 juta saham, bernilai RM1.438 bilion daripada 628.999 juta saham bernilai RM1.329 bilion semalam.
Waran bertambah kepada 199.798 juta unit bernilai RM50.497 juta daripada 93.969 juta unit bernilai RM27.91 juta yang dicatatkan semalam. Pasaran ACE mencatatkan penyusutan jumlah dagangan kepada 115.567 juta saham bernilai RM16.123 juta daripada 119.054 juta saham bernilai RM17.542 juta yang dicatatkan sebelumnya.
Barangan pengguna menguasai 43.15 juta saham yang diniagakan dalam Pasaran Utama; barangan perusahaan 165.8 juta; pembinaan 60.48 juta; perdagangan dan perkhidmatan 254.4 juta; teknologi 33.5 juta; prasarana 21.4 juta; kewangan 40.5 juta; hotel 5.2 juta; harta 68.7 juta; perladangan 11 juta; perlombongan 4,000; REIT 17.5 juta; dan dana tertutup 115,200. - Bernama

No comments:

Post a Comment