KUALA LUMPUR 29 Ogos - Harga-harga saham di Bursa Malaysia dijangka
bergerak dalam jajaran kecil minggu ini berikutan petunjuk ekonomi
luaran terus mempengaruhi sentimen di bursa tempatan. Peniaga berkata, pelabur dijangka kekal berhati-hati berikutan
kebimbangan yang semakin meningkat mengenai kemungkinan berlaku
kemelesetan berganda susulan data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS)
yang lemah akibat jualan rumah yang suram dan tempahan barangan tahan
lama. Ketua Bahagian Penyelidikan Runcit Maybank Investment Bank, Lee Cheng
Hooi berkata, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM
KLCI), dijangka bergerak dalam jajaran 1,400 hingga 1,410 minggu ini. "Dalam pada itu keputusan yang baik dalam musim pelaporan sekarang,
seperti Maybank dan Axiata, adalah positif untuk pasaran, dan lebih
banyak pembetulan dijangka selepas peningkatan harga baru-baru ini,"
katanya. Stephen Soo dari TA Securities pula berkata, bursa tempatan yang kini
terlebih belian dijangka menjalani pembetulan. Sementara itu, sokongan kukuh saham-saham perbankan, dan kaunter
wajaran tinggi utama, menolak naik FBM KLCI melepasi paras 1,400 mata
untuk ditutup pada paras tertinggi baharu dalam tempoh 31 bulan pada
1,403.15 pada Isnin lalu. Pasaran bagaimanapun menghadapi halangan pada paras 1,400 pada
pertengahan minggu, dengan FBM KLCI berusaha mengekalkan mometum. Pada Khamis, pasaran pulih daripada kerugian awal, dan meningkat
melepasi paras 1,400 mata, dengan FBM KLCI ditutup pada 1,408. Pada Jumaat, pasaran ditutup bercampur-campur, dengan keuntungan
dalam saham-saham berwajaran tinggi seperti Sime Darby dan Maybank,
membantu meningkatkan indeks utama. Saham Sime Darby meningkat ke paras hampir tertinggi dalam tempoh dua
bulan pada Jumaat untuk ditutup pada RM8.10, melonjak 22 sen dan
merupakan antara tujuh kaunter paling aktif hasil daripada unjuran
menaik oleh broker termasuk JPMorgan Chase & Co. Mengikut asas mingguan, FBM KLCI menokok 16.03 mata pada Jumaat
kepada 1,411.05, berbanding penutup1,395.02 sebelumnya. Indeks FBM Emas meningkat 11.47 mata kepada 9,418.48 pada Jumaat
berbanding 9,407.01, Indeks FBM70 susut 169.51 mata kepada 9,148.08
berbanding 9,317.59 dan Indeks FBM Ace susut 116.97 mata kepada 3,720.14
berbanding 3,837.11. Indeks Kewangan melonjak 53.57 mata kepada 12,701.69 berbanding
12,648.12 Jumaat lepas, Indeks Perladangan menokok 16.69 mata kepada
6,553.13 berbanding 6,536.44 sebelumnya manakala Indeks Perusahaan
meningkat 20.05 mata kepada 2,705.83 berbanding 2,685.78. Jumlah dagangan mingguan susut kepada 4.02 bilion saham bernilai
RM7.55 bilion berbanding 4.9 bilion saham bernilai RM7.78 bilion minggu
sebelumnya. Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 3.41 bilion unit
bernilai RM7.44 bilion berbanding 4.11 bilion unit bernilai RM7.63
bilion sebelumnya. Jumlah dagangan di Pasaran Ace susut kepada 343.951 juta saham
bernilai RM55.165 juta berbanding 384.25 juta saham bernilai RM63.89
juta minggu sebelumnya. Waran susut kepada 249.34 juta unit bernilai RM39.037 juta berbanding
392.86 juta unit bernilai RM67.92 juta sebelumnya. - BERNAMA
Blog ini telah di kemaskini di http://seminarjutawansaham.blogspot.com
My Blog List

...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...
Barisan Penceramah

Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia
Destinasi Seminar

Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )
Monday, August 30, 2010
Monday, August 30, 2010
Harga saham dalam jajaran kecil
KUALA LUMPUR 29 Ogos - Harga-harga saham di Bursa Malaysia dijangka
bergerak dalam jajaran kecil minggu ini berikutan petunjuk ekonomi
luaran terus mempengaruhi sentimen di bursa tempatan. Peniaga berkata, pelabur dijangka kekal berhati-hati berikutan
kebimbangan yang semakin meningkat mengenai kemungkinan berlaku
kemelesetan berganda susulan data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS)
yang lemah akibat jualan rumah yang suram dan tempahan barangan tahan
lama. Ketua Bahagian Penyelidikan Runcit Maybank Investment Bank, Lee Cheng
Hooi berkata, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM
KLCI), dijangka bergerak dalam jajaran 1,400 hingga 1,410 minggu ini. "Dalam pada itu keputusan yang baik dalam musim pelaporan sekarang,
seperti Maybank dan Axiata, adalah positif untuk pasaran, dan lebih
banyak pembetulan dijangka selepas peningkatan harga baru-baru ini,"
katanya. Stephen Soo dari TA Securities pula berkata, bursa tempatan yang kini
terlebih belian dijangka menjalani pembetulan. Sementara itu, sokongan kukuh saham-saham perbankan, dan kaunter
wajaran tinggi utama, menolak naik FBM KLCI melepasi paras 1,400 mata
untuk ditutup pada paras tertinggi baharu dalam tempoh 31 bulan pada
1,403.15 pada Isnin lalu. Pasaran bagaimanapun menghadapi halangan pada paras 1,400 pada
pertengahan minggu, dengan FBM KLCI berusaha mengekalkan mometum. Pada Khamis, pasaran pulih daripada kerugian awal, dan meningkat
melepasi paras 1,400 mata, dengan FBM KLCI ditutup pada 1,408. Pada Jumaat, pasaran ditutup bercampur-campur, dengan keuntungan
dalam saham-saham berwajaran tinggi seperti Sime Darby dan Maybank,
membantu meningkatkan indeks utama. Saham Sime Darby meningkat ke paras hampir tertinggi dalam tempoh dua
bulan pada Jumaat untuk ditutup pada RM8.10, melonjak 22 sen dan
merupakan antara tujuh kaunter paling aktif hasil daripada unjuran
menaik oleh broker termasuk JPMorgan Chase & Co. Mengikut asas mingguan, FBM KLCI menokok 16.03 mata pada Jumaat
kepada 1,411.05, berbanding penutup1,395.02 sebelumnya. Indeks FBM Emas meningkat 11.47 mata kepada 9,418.48 pada Jumaat
berbanding 9,407.01, Indeks FBM70 susut 169.51 mata kepada 9,148.08
berbanding 9,317.59 dan Indeks FBM Ace susut 116.97 mata kepada 3,720.14
berbanding 3,837.11. Indeks Kewangan melonjak 53.57 mata kepada 12,701.69 berbanding
12,648.12 Jumaat lepas, Indeks Perladangan menokok 16.69 mata kepada
6,553.13 berbanding 6,536.44 sebelumnya manakala Indeks Perusahaan
meningkat 20.05 mata kepada 2,705.83 berbanding 2,685.78. Jumlah dagangan mingguan susut kepada 4.02 bilion saham bernilai
RM7.55 bilion berbanding 4.9 bilion saham bernilai RM7.78 bilion minggu
sebelumnya. Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 3.41 bilion unit
bernilai RM7.44 bilion berbanding 4.11 bilion unit bernilai RM7.63
bilion sebelumnya. Jumlah dagangan di Pasaran Ace susut kepada 343.951 juta saham
bernilai RM55.165 juta berbanding 384.25 juta saham bernilai RM63.89
juta minggu sebelumnya. Waran susut kepada 249.34 juta unit bernilai RM39.037 juta berbanding
392.86 juta unit bernilai RM67.92 juta sebelumnya. - BERNAMA
1 comment:
- Saham dot my said...
-
Update lagi bro pasal harga saham ni. Hot je
-
March 3, 2012 at 11:18 PM

Post a Comment