...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Wednesday, June 23, 2010

Bursa ditutup rendah dalam dagangan kecil

KUALA LUMPUR 22 Jun - Bursa Malaysia ditutup rendah dalam dagangan kecil hari ini apabila para pelabur mengambil keuntungan selepas 10 hari mencatatkan peningkatan, diterajui penurunan mendadak dalam saham DiGi dan British American Tobacco, kata para peniaga. Petunjuk pasaran FBM KLCI turun 11.85 mata, atau 0.9 peratus untuk ditutup pada 1,323.44, rendah sedikit daripada paras tertinggi harian pada 1,334.20.Indeks utama dibuka 1.09 mata lebih rendah pada 1,334.20. Seorang peniaga berkata bursa serantau yang lemah juga mempengaruhi sentimen pelabur tempatan. Beliau berkata pasaran yang agak lemah telah menghakis keyakinan terhadap langkah China untuk membenarkan yuan menjadi lebih anjal.Indeks FBM Emas susut 72.29 mata untuk ditutup kepada 8,934.73, FBM70 turun 43.82 mata kepada 8,889.71 dan Indeks FBM Ace berkurangan 28.91 mata kepada 3,886.28. Indeks Kewangan jatuh 81.99 mata kepada 11,961.03, Indeks Perusahaan susut 23.42 mata kepada 2,645.09 dan Indeks Perladangan berkurangan 39.06 mata kepada 6,289.07. Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 434 berbanding 226 manakala 255 kaunter tidak berubah, 446 tidak diniagakan dan 26 yang lain digantung.Jumlah dagangan turun kepada 672.603 juta saham bernilai RM1.099 bilion daripada 921.006 juta saham bernilai RM1.515 bilion pada Isnin. Di kalangan saham cergas, Kenmark Industrial naik satu sen kepada 11 sen dan Green Packet-Warrants meningkat 2.5 sen kepada 47 sen.Gamuda-Warants turun lima sen kepada RM1.04 dan KNM Group susut 1.5 sen kepada 51 sen. Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 605.736 juta saham bernilai RM1.087 bilion daripada 816.77 juta saham bernilai RM1.49 bilion semalam. Perolehan dagangan Pasaran ACE berkurangan kepada 42.608 juta unit bernilai RM6.007 juta daripada 51.829 juta unit bernilai RM7.028 juta pada Isnin.Jumlah dagangan Waran susut kepada 19.651 juta saham bernilai  RM3.125 juta daripada 38.749 juta saham bernilai RM5.989 juta sebelumnya. Barangan pengguna menyumbang 55.073 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 122.811 juta,  pembinaan 94.850 juta, perdagangan dan perkhidmatan 160.318 juta, teknologi 44.467 juta, prasarana 9.496 juta, kewangan 46.838 juta, hotel 967,400, harta 60.226 juta, perladangan 9.833 juta, perlombongan 12,000, REITs 701,100, dan dana tertutup 144,000.
- Bernama

No comments:

Post a Comment