KUALA LUMPUR 11 Jun - Harga saham di Bursa Malaysia lebih tinggi
selepas dirangsang oleh rali di Wall Street dan pengumuman data eksport
yang menggalakkan dari China, yang mencerminkan ekonomi telah kembali
pada jejak pertumbuhan, kata para peniaga. Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) menokok
3.36 mata atau 0.26 peratus untuk ditutup kepada 1,294.67, yang telah
dibantu oleh kenaikan saham Axiata, MISC, PPB, Genting dan
Maybank.Indeks itu bergerak antara 1,294.67 dan 1,302.07 sepanjang hari
ini tetapi jumlah dagangan dicatatkan kecil. Indeks Kewangan menokok 15.88 mata kepada 11,637.45, Indeks
Perusahaan menokok 10.21 mata kepada 2,587.81 dan Indeks Perladangan
meningkat 7.74 mata kepada 6,102.53. Indeks FBM Emas meningkat 29.49 mata kepada 8,716.04, Indeks FBM Ace
meningkat 25.63 mata kepada 3,796.45 manakala FBM70 melonjak 44.72 mata
kepada 8,627.97. Saham untung mengatasi saham rugi sebanyak 379 kepada 193 manakala
283 kaunter tidak berubah, 517 tidak diniagakan dan 33 yang lain
digantung. Jumlah dagangan merosot kepada 501.721 juta saham bernilai RM839.564
juta, daripada 733.253 juta saham bernilai RM743.080 juta yang
dicatatkan Khamis. Antara saham aktif, Kenmark rugi 4.0 sen kepada 15.5 sen, Talam tidak
berubah pada harga 14 sen, Advance Information Marketing meningkat 2.5
sen kepada 17 sen manakala Denko meningkat 1.5 sen kepada 12.5 sen. Bagi saham berwajaran tinggi, Maybank menokok 2.0 sen kepada RM7.43,
CIMB meningkat 1.0 sen kepada RM6.91 manakala Sime Darby tidak berubah
pada harga RM7.80. Jumlah dagangan di pasaran utama merosot kepada 434.496 juta bernilai
RM826.441 juta daripada 693.415 juta saham bernilai RM734.684 juta
sahams yangn dicatat semalam. Perolehan dagangan pasaran ACE meningkat kepada 45.241 juta unit
bernilai RM6.852 juta daripada 20.743 juta unit bernilai RM2.511 juta
semalam. Waran yang diniagakan turut meningkat kepada 17.456 juta saham
bernilai RM2.769 juta daripada 13.703 juta saham bernilai RM1.659 juta
yang diniagakan pada Khamis. Produk pengguna mencatatkan 75.374 juta saham diniagakan di pasaran
utama, produk perusahaan 58.965 juta, pembinaan 26.563 juta, dagang dan
perkhidmatan 120.156 juta, teknologi 21.128 juta, prasarana 5.472 juta,
kewangan 52.427 juta, hotel 2.119 juta, hartanah 61.353 juta,
perladangan 10.245 juta, perlombongan 20,000, REIT 568,100 dan dana
tertutup 104,000. - Bernama
Blog ini telah di kemaskini di http://seminarjutawansaham.blogspot.com
My Blog List

...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...
Barisan Penceramah

Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia
Destinasi Seminar

Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )
Saturday, June 12, 2010
Saturday, June 12, 2010
Bursa teguh seiirng kenaikan di Wall Street
KUALA LUMPUR 11 Jun - Harga saham di Bursa Malaysia lebih tinggi
selepas dirangsang oleh rali di Wall Street dan pengumuman data eksport
yang menggalakkan dari China, yang mencerminkan ekonomi telah kembali
pada jejak pertumbuhan, kata para peniaga. Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) menokok
3.36 mata atau 0.26 peratus untuk ditutup kepada 1,294.67, yang telah
dibantu oleh kenaikan saham Axiata, MISC, PPB, Genting dan
Maybank.Indeks itu bergerak antara 1,294.67 dan 1,302.07 sepanjang hari
ini tetapi jumlah dagangan dicatatkan kecil. Indeks Kewangan menokok 15.88 mata kepada 11,637.45, Indeks
Perusahaan menokok 10.21 mata kepada 2,587.81 dan Indeks Perladangan
meningkat 7.74 mata kepada 6,102.53. Indeks FBM Emas meningkat 29.49 mata kepada 8,716.04, Indeks FBM Ace
meningkat 25.63 mata kepada 3,796.45 manakala FBM70 melonjak 44.72 mata
kepada 8,627.97. Saham untung mengatasi saham rugi sebanyak 379 kepada 193 manakala
283 kaunter tidak berubah, 517 tidak diniagakan dan 33 yang lain
digantung. Jumlah dagangan merosot kepada 501.721 juta saham bernilai RM839.564
juta, daripada 733.253 juta saham bernilai RM743.080 juta yang
dicatatkan Khamis. Antara saham aktif, Kenmark rugi 4.0 sen kepada 15.5 sen, Talam tidak
berubah pada harga 14 sen, Advance Information Marketing meningkat 2.5
sen kepada 17 sen manakala Denko meningkat 1.5 sen kepada 12.5 sen. Bagi saham berwajaran tinggi, Maybank menokok 2.0 sen kepada RM7.43,
CIMB meningkat 1.0 sen kepada RM6.91 manakala Sime Darby tidak berubah
pada harga RM7.80. Jumlah dagangan di pasaran utama merosot kepada 434.496 juta bernilai
RM826.441 juta daripada 693.415 juta saham bernilai RM734.684 juta
sahams yangn dicatat semalam. Perolehan dagangan pasaran ACE meningkat kepada 45.241 juta unit
bernilai RM6.852 juta daripada 20.743 juta unit bernilai RM2.511 juta
semalam. Waran yang diniagakan turut meningkat kepada 17.456 juta saham
bernilai RM2.769 juta daripada 13.703 juta saham bernilai RM1.659 juta
yang diniagakan pada Khamis. Produk pengguna mencatatkan 75.374 juta saham diniagakan di pasaran
utama, produk perusahaan 58.965 juta, pembinaan 26.563 juta, dagang dan
perkhidmatan 120.156 juta, teknologi 21.128 juta, prasarana 5.472 juta,
kewangan 52.427 juta, hotel 2.119 juta, hartanah 61.353 juta,
perladangan 10.245 juta, perlombongan 20,000, REIT 568,100 dan dana
tertutup 104,000. - Bernama
No comments:
Post a Comment