KUALA LUMPUR 20 Jun - Harga saham di Bursa
Malaysia akan terus bergerak mendatar minggu depan dengan kecenderungan
meningkat ekoran sentimen luaran yang positif, kata peniaga.Peniaga-peniaga berkata, pasaran akan menjejaki pergerakan Wall
Street dan saham-saham Eropah berikutan keyakinan baharu terhadap
kedudukan ekonomi global. "Pelabur-pelabur akan menganalisis pasaran dan berita-berita lain.
Jika saham-saham New York meningkat, bursa tempatan akan turut
meningkat," kata seorang peniaga, sambil menambah kini wujud keyakinan
bahawa impak krisis hutang Eropah ke atas ekonomi serantau mungkin
terhad. Peniaga itu berkata pergerakan mendatar itu penting agar pasaran
berada pada asas teguh sebelum bergerak ke tahap berikutnya. Seorang penganalisis menganggarkan Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) mencecah paras 1,334, dengan tahap sokongan
pada 1,311 melainkan petunjuk baharu muncul. Bagaimanapun, aliran meningkat yang tidak terganggu bagi hampir dua
minggu mungkin terbatas disebabkan oleh kegiatan mengambil untung, kata
penganalisis itu.Pasaran yang memulakan dagangan minggu ini pada paras teguh, mulai
pulih berikutan data-data ekonomi yang lebih baik daripada dijangkakan
dari AS dan prospek ekonomi yang lebih cerah dalam zon Euro.Pasaran mengakhiri dagangan minggu ini lebih teguh pada umumnya
dengan dirangsang oleh minat belian berterusan di kaunter-kaunter mewah
terpilih dan kaunter-kaunter berharga lebih rendah keseluruhannya.FBM KLCI mencecah paras tertinggi sejak 20 Mei, Selasa lalu.Berdasarkan Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI naik kepada 1,317.69 daripada
1,294.67 sebelumnya. Indeks FBM Emas mengukuh kepada 8,881.98 daripada 8,716.04, FBM ACE
meningkat kepada 3,875.73 daripada 3,796.45 dan FBM70 naik kepada 8,810
daripada 8,627.97 sebelumnya. Indeks Kewangan meneguh kepada 11,795 daripada 11,637.45 dan Indeks
Perusahaan meningkat kepada 2,633.07 daripada 2,587.81. Indeks Perladangan melonjak kepada 6,217.26 daripada 6,102.53. Jumlah dagangan mengecil kepada 2.731 bilion saham bernilai RM4.486
bilion daripada 2.878 bilion saham bernilai RM3.989 bilion Jumaat lepas. Dalam Pasaran Utama, jumlah dagangan susut kepada 2.345 bilion unit
bernilai RM4.408 bilion unit daripada 2.595 bilion unit bernilai RM3.927
bilion. Pasaran ACE menyaksikan jumlah dagangannya meningkat kepada 273.080
juta saham bernilai RM40.199 juta daripada 161.630 juta saham bernilai
RM23.059 juta Jumaat lepas. Waran opsyen belian susut jumlahnya kepada 79.411 juta unit bernilai
RM10.395 juta daripada 84.530 juta unit bernilai RM10.522 juta sebelumnya. - Bernama
Blog ini telah di kemaskini di http://seminarjutawansaham.blogspot.com
My Blog List

...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...
Barisan Penceramah

Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia
Destinasi Seminar

Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )
Monday, June 21, 2010
Monday, June 21, 2010
Harga saham bergerak mendatar
KUALA LUMPUR 20 Jun - Harga saham di Bursa
Malaysia akan terus bergerak mendatar minggu depan dengan kecenderungan
meningkat ekoran sentimen luaran yang positif, kata peniaga.Peniaga-peniaga berkata, pasaran akan menjejaki pergerakan Wall
Street dan saham-saham Eropah berikutan keyakinan baharu terhadap
kedudukan ekonomi global. "Pelabur-pelabur akan menganalisis pasaran dan berita-berita lain.
Jika saham-saham New York meningkat, bursa tempatan akan turut
meningkat," kata seorang peniaga, sambil menambah kini wujud keyakinan
bahawa impak krisis hutang Eropah ke atas ekonomi serantau mungkin
terhad. Peniaga itu berkata pergerakan mendatar itu penting agar pasaran
berada pada asas teguh sebelum bergerak ke tahap berikutnya. Seorang penganalisis menganggarkan Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) mencecah paras 1,334, dengan tahap sokongan
pada 1,311 melainkan petunjuk baharu muncul. Bagaimanapun, aliran meningkat yang tidak terganggu bagi hampir dua
minggu mungkin terbatas disebabkan oleh kegiatan mengambil untung, kata
penganalisis itu.Pasaran yang memulakan dagangan minggu ini pada paras teguh, mulai
pulih berikutan data-data ekonomi yang lebih baik daripada dijangkakan
dari AS dan prospek ekonomi yang lebih cerah dalam zon Euro.Pasaran mengakhiri dagangan minggu ini lebih teguh pada umumnya
dengan dirangsang oleh minat belian berterusan di kaunter-kaunter mewah
terpilih dan kaunter-kaunter berharga lebih rendah keseluruhannya.FBM KLCI mencecah paras tertinggi sejak 20 Mei, Selasa lalu.Berdasarkan Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI naik kepada 1,317.69 daripada
1,294.67 sebelumnya. Indeks FBM Emas mengukuh kepada 8,881.98 daripada 8,716.04, FBM ACE
meningkat kepada 3,875.73 daripada 3,796.45 dan FBM70 naik kepada 8,810
daripada 8,627.97 sebelumnya. Indeks Kewangan meneguh kepada 11,795 daripada 11,637.45 dan Indeks
Perusahaan meningkat kepada 2,633.07 daripada 2,587.81. Indeks Perladangan melonjak kepada 6,217.26 daripada 6,102.53. Jumlah dagangan mengecil kepada 2.731 bilion saham bernilai RM4.486
bilion daripada 2.878 bilion saham bernilai RM3.989 bilion Jumaat lepas. Dalam Pasaran Utama, jumlah dagangan susut kepada 2.345 bilion unit
bernilai RM4.408 bilion unit daripada 2.595 bilion unit bernilai RM3.927
bilion. Pasaran ACE menyaksikan jumlah dagangannya meningkat kepada 273.080
juta saham bernilai RM40.199 juta daripada 161.630 juta saham bernilai
RM23.059 juta Jumaat lepas. Waran opsyen belian susut jumlahnya kepada 79.411 juta unit bernilai
RM10.395 juta daripada 84.530 juta unit bernilai RM10.522 juta sebelumnya. - Bernama
No comments:
Post a Comment