KUALA LUMPUR 10 Jun - Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari
ini hasil daripada kegiatan pengambilan untung yang sederhana dalam
beberapa saham berkaitan pembinaan susulan pembentangan Rancangan
Malaysia Ke-10, kata para peniaga. Bagaimanapun, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia
berakhir 1.23 mata lebih tinggi pada 1,291.31 selepas dibuka 0.36 mata
lebih rendah pada 1,289.72, dibantu oleh keuntungan dalam saham BAT,
Nestle dan KPJ Health. Indeks Kewangan menokok 35.34 mata kepada 11,621.57, Indeks
Perusahaan menambah 2.5 mata kepada 2,577.60 dan Indeks Perladangan naik
17.26 mata kepada6,094.79. Indeks FBM Emas meningkat 7.36 mata kepada 8,686.55 tetapi Indeks FBM
Ace susut 11.88 mata kepada 3,770.82 manakala FBM70 turun 3.29 mata
kepada 8,583.25. Saham rugi mengatasi untung pada 280 berbanding 261 manakala 290
kaunter tidak berubah, 568 tidak didagangkan dan 60 yang lain digantung. Jumlah dagangan naik kepada 733.253 juta saham, bernilai RM743.080
juta, daripada 629.810 juta saham, bernilai RM795.253 juta, yang
dicatatkan pada Rabu.Antara saham aktif, Talam kekal pada 14 sen, Kenmark menokok lima sen
kepada 19.5 sen manakala MYEG menambah 10 sen kepada 66.5 sen. Sementara itu, Bursa Malaysia berkata ia akan terus memantau perkembangan Talam Corp memandangkan ia telah mengambil tindakan
terhadap kedudukan kewangannya dan tidak lagi wujud sebarang kriteria di
bawah Perenggan 2.1 Nota Amalan 17. Saham Boustead Holdings Bhd dan Pharmaniaga Bhd digantung berkuat
kuasa pukul 4.56 petang hari ini sehingga pengumuman dibuat. Jumlah dagangan di pasaran utama meningkat kepada 693.415 juta saham,
bernilai RM734.684 juta, daripada 558.085 juta saham, bernilai
RM783.482 juta,dicatatkan semalam. Bagi pasaran Ace, perolehan dagangan bagaimanapun susut kepada 20.743
juta unit, bernilai RM2.511 juta. Waran yang diniagakan juga susut kepada 13.703 juta saham, bernilai
RM1.659 juta, daripada 18.734 juta saham, bernilai RM1.942 juta yang
diniagakan pada Rabu. Barangan pengguna menguasai 70.555 juta saham yang didagangkan di
pasaran utama, barangan perusahaan 53.959 juta, pembinaan 35.510 juta,
dagangan dan perkhidmatan 114.304 juta, teknologi 18.498 juta,
infrastruktur 7.305 juta, kewangan 41.420 juta, hotel 1.153 juta,
hartanah 336.693 juta, perladangan 13.240 juta, perlombongan tiada, REIT
758,300 manakala dana tertutup 15,000. - Bernama
Blog ini telah di kemaskini di http://seminarjutawansaham.blogspot.com
My Blog List

...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...
Barisan Penceramah

Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia
Destinasi Seminar

Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )
Friday, June 11, 2010
Friday, June 11, 2010
Dagangan Bursa bercampur-campur
KUALA LUMPUR 10 Jun - Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari
ini hasil daripada kegiatan pengambilan untung yang sederhana dalam
beberapa saham berkaitan pembinaan susulan pembentangan Rancangan
Malaysia Ke-10, kata para peniaga. Bagaimanapun, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia
berakhir 1.23 mata lebih tinggi pada 1,291.31 selepas dibuka 0.36 mata
lebih rendah pada 1,289.72, dibantu oleh keuntungan dalam saham BAT,
Nestle dan KPJ Health. Indeks Kewangan menokok 35.34 mata kepada 11,621.57, Indeks
Perusahaan menambah 2.5 mata kepada 2,577.60 dan Indeks Perladangan naik
17.26 mata kepada6,094.79. Indeks FBM Emas meningkat 7.36 mata kepada 8,686.55 tetapi Indeks FBM
Ace susut 11.88 mata kepada 3,770.82 manakala FBM70 turun 3.29 mata
kepada 8,583.25. Saham rugi mengatasi untung pada 280 berbanding 261 manakala 290
kaunter tidak berubah, 568 tidak didagangkan dan 60 yang lain digantung. Jumlah dagangan naik kepada 733.253 juta saham, bernilai RM743.080
juta, daripada 629.810 juta saham, bernilai RM795.253 juta, yang
dicatatkan pada Rabu.Antara saham aktif, Talam kekal pada 14 sen, Kenmark menokok lima sen
kepada 19.5 sen manakala MYEG menambah 10 sen kepada 66.5 sen. Sementara itu, Bursa Malaysia berkata ia akan terus memantau perkembangan Talam Corp memandangkan ia telah mengambil tindakan
terhadap kedudukan kewangannya dan tidak lagi wujud sebarang kriteria di
bawah Perenggan 2.1 Nota Amalan 17. Saham Boustead Holdings Bhd dan Pharmaniaga Bhd digantung berkuat
kuasa pukul 4.56 petang hari ini sehingga pengumuman dibuat. Jumlah dagangan di pasaran utama meningkat kepada 693.415 juta saham,
bernilai RM734.684 juta, daripada 558.085 juta saham, bernilai
RM783.482 juta,dicatatkan semalam. Bagi pasaran Ace, perolehan dagangan bagaimanapun susut kepada 20.743
juta unit, bernilai RM2.511 juta. Waran yang diniagakan juga susut kepada 13.703 juta saham, bernilai
RM1.659 juta, daripada 18.734 juta saham, bernilai RM1.942 juta yang
diniagakan pada Rabu. Barangan pengguna menguasai 70.555 juta saham yang didagangkan di
pasaran utama, barangan perusahaan 53.959 juta, pembinaan 35.510 juta,
dagangan dan perkhidmatan 114.304 juta, teknologi 18.498 juta,
infrastruktur 7.305 juta, kewangan 41.420 juta, hotel 1.153 juta,
hartanah 336.693 juta, perladangan 13.240 juta, perlombongan tiada, REIT
758,300 manakala dana tertutup 15,000. - Bernama
No comments:
Post a Comment