...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Wednesday, June 30, 2010

Dagangan Bursa Malaysia rendah

KUALA LUMPUR 29 Jun - Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini setelah sentimen pasaran bertukar  negatif dengan kebimbangan terhadap ekonomi dan penurunan yang ketara dalam saham China, kata para peniaga. Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) utama turun 5.7 mata untuk ditutup pada 1,319.84, selepas dibuka 0.66 mata lebih tinggi pada 1,326.20. Semasa sesi berkenaan, indeks didagangkan antara paras terendah harian pada 1,315.82 mata dan paras tertinggi harian pada 1,331.09 mata.Seorang peniaga berkata bursa tempatan akan terus bergerak dalam jajaran kecil setelah kekurangan berita yang boleh mempengaruhi pasaran. Indeks Kewangan turun 31.73 mata kepada 11,905.84, Indeks Perladangan susut 28.83 mata kepada 6,249.47 dan Indeks Perusahaan merosot 18.05 mata kepada 2,640.08. Indeks FBM Emas berkurangan 48.02 mata kepada 8,894.38, FBM70 susut 45.56 mata kepada 8,885.17 manakala Indeks FBM jatuh 50.98 mata kepada 3,783.20. Saham rugi mengatasi untung pada 514  berbanding 175 manakala 252 kaunter tidak berubah, 424 tidak didagangkan dan 27 yang lain digantung.  Jumlah dagangan bagaimanapun, meningkat kepada 741.319 juta saham bernilai RM1.059 bilion daripada 535.336 juta saham bernilai RM778.393 juta semalam.Antara saham aktif, Sinotop-OR turun 28.5 sen kepada 12 sen, SAAG Consolidated dan saham yang baru disenaraikan Kimlun susut setengah sen setiap satu masing-maisng kepada lapan sen dan 96.5 sen, manakala Kumpulan Europlus berkurangan 10.5 sen kepada 90.5 sen. Bagi saham wajaran tinggi, CIMB rugi satu sen kepada RM7.04 manakala Sime Darby merosot  lapan sen kepada RM8.02. Maybank kekal pada RM7.59. Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat  kepada 669.924 juta saham bernilai RM1.047 bilion daripada 470.084 juta saham bernilai RM763.553 juta semalam. Waran naik kepada 33.678 juta unit bernilai RM4.442 juta daripada 21.174 juta unit bernilai  RM2.731 juta pada Isnin. Pasaran ACE berkurangan kepada 32.957 juta saham bernilai RM4.979 juta daripada 34.424 juta saham bernilai RM4.792 juta sebelumnya. Barangan pengguna menguasai 140.491 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 75.617 juta, pembinaan 90.986 juta,  dagangan dan perkhidmatan 215.626 juta, teknologi 25.818 juta, infrastruktur 16.236 juta, kewangan 35.287 juta, hotel 1.602 juta, hartanah 51.959 juta, perladangan 13.609 juta, perlombongan 20,000, REIT 2.516 juta dan dana tertutup 152,000.
- Bernama

No comments:

Post a Comment