KUALA LUMPUR 3 Jun - Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini
berikutan lantunan teknikal selepas kerugian selama dua hari, dengan
kegiatan mencari untung oleh para pelabur. Para peniaga berkata sentimen positif itu berikutan trend meningkat
di pasaran AS selepas data jualan perumahan dan kereta yang lebih baik. Indeks penanda aras, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia
(FBM KLCI), naik 18.42 mata, atau 1.44 peratus, untuk ditutup pada
1,294.44 hari ini selepas dibuka 9.52 mata lebih kukuh pada 1,285.54. "Pasaran meningkat kerana Dow Jones juga mengalami lantunan teknikal.
Dow Jones juga mungkin naik ke paras 10,700 daripada paras sekarang
iaitu 10,200. Indeks FBM Emas menokok 120.55 mata kepada 8,698.13, Indeks FBM70
naik 109.6 mata kepada 8,568.29 dan Indeks FBM bertambah 26.99 mata
kepada 3,777.17. Indeks Kewangan meningkat 152.91 mata kepada 11,619.83, Indeks
Perusahaan naik 32.4 mata kepada 2,589.79 dan Indeks Perladangan
melonjak 74.72 mata kepada 6,111.25. Kaunter untung mengatasi rugi 542 berbanding 154, sementara 244
kaunter tidak berubah, 438 tidak didaganngkan dan 34 yang lain
digantung. Jumlah dagangan naik kepada 655.197 juta saham bernilai RM1.243
bilion daripada 653.228 juta saham bernilai RM758.259 juta pada Rabu. Di kalangan saham aktif, Talam naik setengah sen kepada 14 sen dan
Kumpulan Europlus meningkat 6.5 sen kepada 82 sen, sementara Green
Packet-WA susut satu sen kepada 43.5 sen. Di kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank, Sime Darby dan IOI Corp
masing-masing meningkat 10 sen kepada RM7.35, RM7.83 dan RM5.01 setiap
satu. CIMB Group naik 16 sen kepada RM6.93, Genting menokok 19 sen kepada
RM6.98 dan kumpulan PPB melonjak 30 sen kepada RM15.76. Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 535.623 juta saham bernilai
RM1.223 bilion berbanding 491.655 juta saham bernilai RM781.161 juta
semalam. Bagaimanapun, jumlah dagangan Pasaran ACE merosot kepada 60.989 juta
unit bernilai RM7.041 juta daripada 65.608 juta unit bernilai RM14.787
juta sebelum ini. Waran naik kepada 50.226 juta unit bernilai RM6.287 juta daripada
23.255 juta unit bernilai RM2.479 juta pada Rabu. Barangan pengguna menguasai 22.23 juta saham yang didagangkan di
Pasaran Utama, produk industri 73.86 juta, pembinaan 46.32 juta,
dagangan dan perkhidmatan 158.19 juta, teknologi 54.39 juta, prasarana
7.57 juta, kewangan 57.01 juta, hotel 2.97 juta, harta 91.8 juta,
perladangan 20.11 juta, perlombongan tiada, REIT 1.006 juta dan dana
tertutup 132,800. -Bernama
Blog ini telah di kemaskini di http://seminarjutawansaham.blogspot.com
My Blog List

...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...
Barisan Penceramah

Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia
Destinasi Seminar

Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )
Friday, June 4, 2010
Friday, June 4, 2010
Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi
KUALA LUMPUR 3 Jun - Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini
berikutan lantunan teknikal selepas kerugian selama dua hari, dengan
kegiatan mencari untung oleh para pelabur. Para peniaga berkata sentimen positif itu berikutan trend meningkat
di pasaran AS selepas data jualan perumahan dan kereta yang lebih baik. Indeks penanda aras, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia
(FBM KLCI), naik 18.42 mata, atau 1.44 peratus, untuk ditutup pada
1,294.44 hari ini selepas dibuka 9.52 mata lebih kukuh pada 1,285.54. "Pasaran meningkat kerana Dow Jones juga mengalami lantunan teknikal.
Dow Jones juga mungkin naik ke paras 10,700 daripada paras sekarang
iaitu 10,200. Indeks FBM Emas menokok 120.55 mata kepada 8,698.13, Indeks FBM70
naik 109.6 mata kepada 8,568.29 dan Indeks FBM bertambah 26.99 mata
kepada 3,777.17. Indeks Kewangan meningkat 152.91 mata kepada 11,619.83, Indeks
Perusahaan naik 32.4 mata kepada 2,589.79 dan Indeks Perladangan
melonjak 74.72 mata kepada 6,111.25. Kaunter untung mengatasi rugi 542 berbanding 154, sementara 244
kaunter tidak berubah, 438 tidak didaganngkan dan 34 yang lain
digantung. Jumlah dagangan naik kepada 655.197 juta saham bernilai RM1.243
bilion daripada 653.228 juta saham bernilai RM758.259 juta pada Rabu. Di kalangan saham aktif, Talam naik setengah sen kepada 14 sen dan
Kumpulan Europlus meningkat 6.5 sen kepada 82 sen, sementara Green
Packet-WA susut satu sen kepada 43.5 sen. Di kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank, Sime Darby dan IOI Corp
masing-masing meningkat 10 sen kepada RM7.35, RM7.83 dan RM5.01 setiap
satu. CIMB Group naik 16 sen kepada RM6.93, Genting menokok 19 sen kepada
RM6.98 dan kumpulan PPB melonjak 30 sen kepada RM15.76. Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 535.623 juta saham bernilai
RM1.223 bilion berbanding 491.655 juta saham bernilai RM781.161 juta
semalam. Bagaimanapun, jumlah dagangan Pasaran ACE merosot kepada 60.989 juta
unit bernilai RM7.041 juta daripada 65.608 juta unit bernilai RM14.787
juta sebelum ini. Waran naik kepada 50.226 juta unit bernilai RM6.287 juta daripada
23.255 juta unit bernilai RM2.479 juta pada Rabu. Barangan pengguna menguasai 22.23 juta saham yang didagangkan di
Pasaran Utama, produk industri 73.86 juta, pembinaan 46.32 juta,
dagangan dan perkhidmatan 158.19 juta, teknologi 54.39 juta, prasarana
7.57 juta, kewangan 57.01 juta, hotel 2.97 juta, harta 91.8 juta,
perladangan 20.11 juta, perlombongan tiada, REIT 1.006 juta dan dana
tertutup 132,800. -Bernama
No comments:
Post a Comment