KUALA LUMPUR 17 Jun - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup
lebih tinggi hari ini dengan minat belian dilihat pada saham berwajaran
tinggi dan saham berharga rendah terpilih, kata para peniaga. Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) meningkat
1.34 mata atau 0.103 peratus, untuk ditutup pada 1,304.47 selepas
dibuka 1.37 mata lebih tinggi pada 1,304.50. Indeks penanda aras bergerak antara 1,303.74 dan 1,306.93 sepanjang
hari. Peserta juga mengambil petunjuk daripada kenaikan pasaran Eropah
selepas pihak berkuasa Eropah mengumumkan rancangan perubahan radikal
struktur kawal atur negara itu, kata para peniaga. Bursa tempatan terus menerima dana asing selepas kerajaan berjanji
untuk membuat perancangan berhati-hati, memantau secara berterusan dan
mengawal kedudukan kewangan dengan ketat, kata salah seorang peniaga. Indeks Kewangan meningkat 31.01 mata kepada 11,733.33, Indeks Perusahaan naik 3.03 mata kepada 2,616.26 dan Indeks Perladangan naik
8.74 mata kepada 6,184.09. Indeks FBM Emas meningkat 7.229 mata kepada 8,798.93, Indeks FBM70
naik 2.51 mata kepada 8,747.88 dan Indeks FBM Ace menokok 8.62 mata
kepada 3,824.43. Kaunter untung mengatasi rugi dengan 295 kaunter berbanding 277,
sementara 294 kaunter tidak berubah, 502 tidak didagangkan dan 35 yang
lain digantung. Jumlah dagangan bagaimanapun menyusut kepada 516.364 juta unit
bernilai RM757.067 juta daripada 662.853 juta unit bernilai RM1.012
bilion semalam. Di kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik tiga sen kepada
RM7.47, Sime Darby menokok empat sen kepada RM7.91, Tenaga naik tiga sen
kepada RM8.35 dan Axiata meningkat satu sen kepada RM3.87. Jumlah dagangan di Pasaran Utama merosot kepada 433.254 juta saham
bernilai RM741.281 juta daripada 579.899 juta saham bernilai RM994.851
juta semalam. Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 65.106 juta unit
bernilai RM8.932 juta daripada 52.032 juta unit bernilai RM7.511 juta
sebelum ini. Waran menyusut kepada 11.571 juta saham bernilai RM1.587 juta
daripada 23.224 juta saham bernilai RM3.044 juta pada Rabu. Barangan pengguna mewakili 57.562 juta saham yang didagangkan di
Pasaran Utama, barangan industri 73.552 juta, pembinaan 32.756 juta,
dagangan dan perkhidmatan 129.776 juta, teknologi 30.014 juta, prasarana
3.144 juta, kewangan 38.682 juta, perhotelan 687,800 juta, harta 53.521
juta, perladangan 12.835 juta, perlombongan 7,000, REIT 640,300 dan
dana tertutup 76,200. - Bernama
Blog ini telah di kemaskini di http://seminarjutawansaham.blogspot.com
My Blog List

...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...
Barisan Penceramah

Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia
Destinasi Seminar

Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )
Friday, June 18, 2010
Friday, June 18, 2010
Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi
KUALA LUMPUR 17 Jun - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup
lebih tinggi hari ini dengan minat belian dilihat pada saham berwajaran
tinggi dan saham berharga rendah terpilih, kata para peniaga. Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) meningkat
1.34 mata atau 0.103 peratus, untuk ditutup pada 1,304.47 selepas
dibuka 1.37 mata lebih tinggi pada 1,304.50. Indeks penanda aras bergerak antara 1,303.74 dan 1,306.93 sepanjang
hari. Peserta juga mengambil petunjuk daripada kenaikan pasaran Eropah
selepas pihak berkuasa Eropah mengumumkan rancangan perubahan radikal
struktur kawal atur negara itu, kata para peniaga. Bursa tempatan terus menerima dana asing selepas kerajaan berjanji
untuk membuat perancangan berhati-hati, memantau secara berterusan dan
mengawal kedudukan kewangan dengan ketat, kata salah seorang peniaga. Indeks Kewangan meningkat 31.01 mata kepada 11,733.33, Indeks Perusahaan naik 3.03 mata kepada 2,616.26 dan Indeks Perladangan naik
8.74 mata kepada 6,184.09. Indeks FBM Emas meningkat 7.229 mata kepada 8,798.93, Indeks FBM70
naik 2.51 mata kepada 8,747.88 dan Indeks FBM Ace menokok 8.62 mata
kepada 3,824.43. Kaunter untung mengatasi rugi dengan 295 kaunter berbanding 277,
sementara 294 kaunter tidak berubah, 502 tidak didagangkan dan 35 yang
lain digantung. Jumlah dagangan bagaimanapun menyusut kepada 516.364 juta unit
bernilai RM757.067 juta daripada 662.853 juta unit bernilai RM1.012
bilion semalam. Di kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik tiga sen kepada
RM7.47, Sime Darby menokok empat sen kepada RM7.91, Tenaga naik tiga sen
kepada RM8.35 dan Axiata meningkat satu sen kepada RM3.87. Jumlah dagangan di Pasaran Utama merosot kepada 433.254 juta saham
bernilai RM741.281 juta daripada 579.899 juta saham bernilai RM994.851
juta semalam. Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 65.106 juta unit
bernilai RM8.932 juta daripada 52.032 juta unit bernilai RM7.511 juta
sebelum ini. Waran menyusut kepada 11.571 juta saham bernilai RM1.587 juta
daripada 23.224 juta saham bernilai RM3.044 juta pada Rabu. Barangan pengguna mewakili 57.562 juta saham yang didagangkan di
Pasaran Utama, barangan industri 73.552 juta, pembinaan 32.756 juta,
dagangan dan perkhidmatan 129.776 juta, teknologi 30.014 juta, prasarana
3.144 juta, kewangan 38.682 juta, perhotelan 687,800 juta, harta 53.521
juta, perladangan 12.835 juta, perlombongan 7,000, REIT 640,300 dan
dana tertutup 76,200. - Bernama
No comments:
Post a Comment