KUALA LUMPUR 1 Jun - Bursa Malaysia memperlihatkan permulaan fasa
pembetulan dengan ditutup rendah hari ini ekoran jualan berterusan dalam
kaunter wajaran tinggi, walaupun kenaikan dalam saham Maybank dan IOI
mengehadkan penurunan, kata para peniaga. Indeks petunjuk pasaran, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa
Malaysia (FBM KLCI) turun 2.04 mata, atau 0.16 peratus, untuk ditutup
kepada 1,282.97, selepas dibuka 0.76 mata lebih rendah kepada 1,284.25. Indeks FBM Emas turun 29.37 mata kepada 8,616.49, Indeks FBM70 susut
50.55 mata kepada 8,493.55 dan Indeks FBM Ace jatuh 17.77 mata kepada
3,738.39. Indeks Kewangan berkurangan 15.9 mata kepada 11,538.42 dan
Indeks Perusahaan turun 9.73 mata kepada 2,565.07.Bagaimanapun, Indeks
Perladangan meningkat 9.32 mata kepada 6,058.46. Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 487 berbanding 200,
manakala 214 kaunter tidak berubah, 477 tidak diniagakan dan 34 yang
lain digantung. Bagaimanapun, jumlah dagangan turun kepada 653.228 juta saham
bernilai RM758.259 juta daripada 760.647 juta saham bernilai RM1.467
bilion semalam. Di kalangan kaunter cergas, Kenmark turun 4.5 sen kepada enam sen,
Talam tidak berubah pada 14 sen dan Gamuda-WD naik 36 sen kepada 65 sen.
CIMB Group dan KNM tidak berubah masing-masing pada RM6.78 dan 49.5 sen
manakala Axiata turun tiga sen kepada RM3.74. Di kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank dan IOI Corp meningkat 40
sen setiap satu masing-masing kepada RM7.38 dan RM4.95, manakala Sime
Darby susut tiga sen kepada RM7.72, Maxis turun dua sen kepada RM5.20
dan Tenaga Nasional berkurangan lima sen kepada RM8.30. Perolehan dagangan Pasaran Utama turun kepada 590.918 juta saham
bernilai RM746.849 juta daripada 649.615 juta saham bernilai RM1.447
bilion semalam. Jumlah dagangan Pasaran ACE jatuh kepada 30.278 juta unit bernilai
RM3.911 juta daripada 54.652 juta unit bernilai RM6.798 juta
sebelumnya.Waran berkurangan kepada 27.584 juta saham bernilai RM3.232
juta daripada 48.714 juta saham bernilai RM5.419 juta pada Isnin. Barangan pengguna menyumbang 206.06 juta saham yang diniagakan di
Pasaran Utama, barangan perusahaan 63.224 juta, pembinaan 32.706 juta,
perdagangan dan perkhidmatan 115.59 juta, teknologi 24.619 juta,
prasarana 9.08 juta, kewangan 42.68 juta, hotel 1.313 juta, harta 88.117
juta, perladangan 6.47 juta, perlombongan 1,000, REITs 990,800 dan dana
tertutup 60,000. -Bernama
Blog ini telah di kemaskini di http://seminarjutawansaham.blogspot.com
My Blog List

...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...
Barisan Penceramah

Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia
Destinasi Seminar

Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )
Wednesday, June 2, 2010
Wednesday, June 2, 2010
Jualan berterusan Bursa ditutup rendah
KUALA LUMPUR 1 Jun - Bursa Malaysia memperlihatkan permulaan fasa
pembetulan dengan ditutup rendah hari ini ekoran jualan berterusan dalam
kaunter wajaran tinggi, walaupun kenaikan dalam saham Maybank dan IOI
mengehadkan penurunan, kata para peniaga. Indeks petunjuk pasaran, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa
Malaysia (FBM KLCI) turun 2.04 mata, atau 0.16 peratus, untuk ditutup
kepada 1,282.97, selepas dibuka 0.76 mata lebih rendah kepada 1,284.25. Indeks FBM Emas turun 29.37 mata kepada 8,616.49, Indeks FBM70 susut
50.55 mata kepada 8,493.55 dan Indeks FBM Ace jatuh 17.77 mata kepada
3,738.39. Indeks Kewangan berkurangan 15.9 mata kepada 11,538.42 dan
Indeks Perusahaan turun 9.73 mata kepada 2,565.07.Bagaimanapun, Indeks
Perladangan meningkat 9.32 mata kepada 6,058.46. Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 487 berbanding 200,
manakala 214 kaunter tidak berubah, 477 tidak diniagakan dan 34 yang
lain digantung. Bagaimanapun, jumlah dagangan turun kepada 653.228 juta saham
bernilai RM758.259 juta daripada 760.647 juta saham bernilai RM1.467
bilion semalam. Di kalangan kaunter cergas, Kenmark turun 4.5 sen kepada enam sen,
Talam tidak berubah pada 14 sen dan Gamuda-WD naik 36 sen kepada 65 sen.
CIMB Group dan KNM tidak berubah masing-masing pada RM6.78 dan 49.5 sen
manakala Axiata turun tiga sen kepada RM3.74. Di kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank dan IOI Corp meningkat 40
sen setiap satu masing-masing kepada RM7.38 dan RM4.95, manakala Sime
Darby susut tiga sen kepada RM7.72, Maxis turun dua sen kepada RM5.20
dan Tenaga Nasional berkurangan lima sen kepada RM8.30. Perolehan dagangan Pasaran Utama turun kepada 590.918 juta saham
bernilai RM746.849 juta daripada 649.615 juta saham bernilai RM1.447
bilion semalam. Jumlah dagangan Pasaran ACE jatuh kepada 30.278 juta unit bernilai
RM3.911 juta daripada 54.652 juta unit bernilai RM6.798 juta
sebelumnya.Waran berkurangan kepada 27.584 juta saham bernilai RM3.232
juta daripada 48.714 juta saham bernilai RM5.419 juta pada Isnin. Barangan pengguna menyumbang 206.06 juta saham yang diniagakan di
Pasaran Utama, barangan perusahaan 63.224 juta, pembinaan 32.706 juta,
perdagangan dan perkhidmatan 115.59 juta, teknologi 24.619 juta,
prasarana 9.08 juta, kewangan 42.68 juta, hotel 1.313 juta, harta 88.117
juta, perladangan 6.47 juta, perlombongan 1,000, REITs 990,800 dan dana
tertutup 60,000. -Bernama
No comments:
Post a Comment