KUALA LUMPUR 27 Jun - Harga saham di Bursa Malaysia dijangka
mengalami pembetulan minggu ini dengan sentimen lemah di luar negara. Ketua Penyelidik Jupiter Securities, Pong Teng Siew berkata, pelabur
berkemungkinan terus tidak memasuki pasaran disebabkan oleh kekurangan
petunjuk baru disertai dengan kebimbangan yang semakin meningkat
berhubung ketidaktentuan dalam pemulihan ekonomi Amerika Syarikat (AS)
dan zon Euro. "Kita menyaksikan trend negatif di pasaran utama di seluruh dunia di
mana penurunan agak besar minggu ini. Sama ada aliran menurun akan
berterusan, kita perlu tunggu dan lihat dalam masa tiga hingga empat
hari akan datang," katanya. Beliau berkata, orang ramai secara amnya menumpukan kepada sejauh
mana pengukuhan pemulihan memandangkan data baru-baru ini menunjukkan
kemungkinan kemelesetan berganda. Di pasaran AS, indeks Standard & Poor's 500 turun untuk hari
keempat berturut-turut pada Khamis setelah petunjuk baru kelemahan
pengguna dan kebimbangan mengenai pakej pemulihan kewangan kerajaan akan
menyebabkan pelabur melepaskan pegangan mereka, katanya. Teng Siew berkata, ekonomi AS boleh menyaksikan kelembapan pada
separuh kedua tahun ini dengan Keluaran Dalam Negara Kasar dijangka di
bawah dua peratus pada suku ketiga dan keempat. "Sama ada ia akan berlaku atau tidak, masih tidak dapat ditentukan
lagi. Jika ini berlaku, ia akan mempunyai kesan terhadap pasaran global
secara besar-besaran, termasuk kita," kata beliau. Beliau berkata, dengan tiada kemungkinan terdapatnya perubahan yang
besar di pasaran dunia, penanda aras FBM KLCI boleh mengekalkan paras
semasa di atas 1,300. "Bagaimanapun, saya masih bimbang mengenai potensi penurunan yang
ketara di pasaran AS. Carta kami menunjukkan bahawa pasaran saham AS
boleh menuju ke arah corak dagangan yang lembap, bergerak ke hadapan,"
katanya. Dalam nota penyelidikannya kepada pelanggan, MIMB Investment Bank
berkata, bursa tempatan masih didagangkan dalam aliran menaik di atas
paras 1,320 tetapi jumlah dagangan masih kecil yang menunjukkan pelabur
tidak mempunyai semangat yang kuat untuk mendapatkan saham. "Malah, trend jangka pendek pasaran kelihatan bertambah baik.
Strategi terbaik sekarang ini ialah membeli jangka pendek sehingga 1,350
bagi FBM KLCI dan 10,800 untuk Indeks Down Jones. "Walaupun begitu, ia mencukupi untuk mengembalikan aliran menurun
jangka panjang dengan teknikal dalaman masih menunjukkan kepada corak dagangan menurun dan pembetulan untuk pasaran ekuiti," katanya. Dalam jangka sederhana, ia berkata, pedagang sewajarnya menggunakan
kekuatan semasa untuk menjual saham atau niaga hadapan indeks jangka pendek bagi melindungi penurunan selanjutnya. Bagi minggu ini, antara perkara utama korporat termasuk penggantungan
dagangan yang dipohon DFZ Capital, berkuat kuasa 9 pagi Isnin
bergantung kepada pengumuman. Sementara itu, kumpulan kejuruteraan dan pembinaan Kimlun
Corporation, ditetapkan untuk penyenaraian di pasaran utama Bursa
Malaysia pada 29 Jun. Minggu lalu, pasaran menyaksikan penyenaraian syarikat berpangkalan
di Miri, Shin Yang Shipping Corporation pada 23 Jun. Saham syarikat itu
mengakhiri minggu dengan naik satu sen pada RM1.13. Bagi asas Jumaat ke
Jumaat, FBM KLCI naik 8.76 mata kepada 1,326.45 berbanding 1,317.69
sebelumnya. Indeks FBM Emas menokok 74.07 mata kepada 8,956.05 daripada 8,881.98
dan FBM70 melonjak 145.5 mata kepada 8,955.70 daripada 8,810.2.
Bagaimanapun, FBM ACE turun 8.83 mata kepada 3,866.90 daripada 3,875.73. Indeks Kewangan meningkat 150.78 mata kepada 11,946.39 daripada
11,795.61 dan Indeks Perusahaan menambah 23.7 mata kepada 2,656.77 daripada 2,633.07. Indeks Perladangan naik 79.39 mata kepada 6,296.65
daripada 6,217.26. Sebanyak 3.596 bilion saham bernilai RM5.733 bilion diniagakan minggu
ini, naik daripada 2.731 bilion saham bernilai RM4.486 bilion
sebelumnya. Jumlah dagangan di Pasaran Utama juga meningkat kepada 3.184
bilion saham bernilai RM5.643 bilion daripada 2.345 bilion saham
bernilai RM4.408 bilion. Jumlah pasaran ACE, bagaimanapun susut kepada 240.092 juta saham
bernilai RM40.142 juta daripada 273.080 juta saham bernilai RM40.199
juta. Waran belian menambah kepada 131.467 juta unit bernilai RM21.059
juta daripada 79.411 juta unit bernilai RM10.395 juta sebelumnya. -
BERNAMA
Blog ini telah di kemaskini di http://seminarjutawansaham.blogspot.com
My Blog List

...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...
Barisan Penceramah

Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia
Destinasi Seminar

Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )
Monday, June 28, 2010
Monday, June 28, 2010
Pembetulan pasaran minggu ini
KUALA LUMPUR 27 Jun - Harga saham di Bursa Malaysia dijangka
mengalami pembetulan minggu ini dengan sentimen lemah di luar negara. Ketua Penyelidik Jupiter Securities, Pong Teng Siew berkata, pelabur
berkemungkinan terus tidak memasuki pasaran disebabkan oleh kekurangan
petunjuk baru disertai dengan kebimbangan yang semakin meningkat
berhubung ketidaktentuan dalam pemulihan ekonomi Amerika Syarikat (AS)
dan zon Euro. "Kita menyaksikan trend negatif di pasaran utama di seluruh dunia di
mana penurunan agak besar minggu ini. Sama ada aliran menurun akan
berterusan, kita perlu tunggu dan lihat dalam masa tiga hingga empat
hari akan datang," katanya. Beliau berkata, orang ramai secara amnya menumpukan kepada sejauh
mana pengukuhan pemulihan memandangkan data baru-baru ini menunjukkan
kemungkinan kemelesetan berganda. Di pasaran AS, indeks Standard & Poor's 500 turun untuk hari
keempat berturut-turut pada Khamis setelah petunjuk baru kelemahan
pengguna dan kebimbangan mengenai pakej pemulihan kewangan kerajaan akan
menyebabkan pelabur melepaskan pegangan mereka, katanya. Teng Siew berkata, ekonomi AS boleh menyaksikan kelembapan pada
separuh kedua tahun ini dengan Keluaran Dalam Negara Kasar dijangka di
bawah dua peratus pada suku ketiga dan keempat. "Sama ada ia akan berlaku atau tidak, masih tidak dapat ditentukan
lagi. Jika ini berlaku, ia akan mempunyai kesan terhadap pasaran global
secara besar-besaran, termasuk kita," kata beliau. Beliau berkata, dengan tiada kemungkinan terdapatnya perubahan yang
besar di pasaran dunia, penanda aras FBM KLCI boleh mengekalkan paras
semasa di atas 1,300. "Bagaimanapun, saya masih bimbang mengenai potensi penurunan yang
ketara di pasaran AS. Carta kami menunjukkan bahawa pasaran saham AS
boleh menuju ke arah corak dagangan yang lembap, bergerak ke hadapan,"
katanya. Dalam nota penyelidikannya kepada pelanggan, MIMB Investment Bank
berkata, bursa tempatan masih didagangkan dalam aliran menaik di atas
paras 1,320 tetapi jumlah dagangan masih kecil yang menunjukkan pelabur
tidak mempunyai semangat yang kuat untuk mendapatkan saham. "Malah, trend jangka pendek pasaran kelihatan bertambah baik.
Strategi terbaik sekarang ini ialah membeli jangka pendek sehingga 1,350
bagi FBM KLCI dan 10,800 untuk Indeks Down Jones. "Walaupun begitu, ia mencukupi untuk mengembalikan aliran menurun
jangka panjang dengan teknikal dalaman masih menunjukkan kepada corak dagangan menurun dan pembetulan untuk pasaran ekuiti," katanya. Dalam jangka sederhana, ia berkata, pedagang sewajarnya menggunakan
kekuatan semasa untuk menjual saham atau niaga hadapan indeks jangka pendek bagi melindungi penurunan selanjutnya. Bagi minggu ini, antara perkara utama korporat termasuk penggantungan
dagangan yang dipohon DFZ Capital, berkuat kuasa 9 pagi Isnin
bergantung kepada pengumuman. Sementara itu, kumpulan kejuruteraan dan pembinaan Kimlun
Corporation, ditetapkan untuk penyenaraian di pasaran utama Bursa
Malaysia pada 29 Jun. Minggu lalu, pasaran menyaksikan penyenaraian syarikat berpangkalan
di Miri, Shin Yang Shipping Corporation pada 23 Jun. Saham syarikat itu
mengakhiri minggu dengan naik satu sen pada RM1.13. Bagi asas Jumaat ke
Jumaat, FBM KLCI naik 8.76 mata kepada 1,326.45 berbanding 1,317.69
sebelumnya. Indeks FBM Emas menokok 74.07 mata kepada 8,956.05 daripada 8,881.98
dan FBM70 melonjak 145.5 mata kepada 8,955.70 daripada 8,810.2.
Bagaimanapun, FBM ACE turun 8.83 mata kepada 3,866.90 daripada 3,875.73. Indeks Kewangan meningkat 150.78 mata kepada 11,946.39 daripada
11,795.61 dan Indeks Perusahaan menambah 23.7 mata kepada 2,656.77 daripada 2,633.07. Indeks Perladangan naik 79.39 mata kepada 6,296.65
daripada 6,217.26. Sebanyak 3.596 bilion saham bernilai RM5.733 bilion diniagakan minggu
ini, naik daripada 2.731 bilion saham bernilai RM4.486 bilion
sebelumnya. Jumlah dagangan di Pasaran Utama juga meningkat kepada 3.184
bilion saham bernilai RM5.643 bilion daripada 2.345 bilion saham
bernilai RM4.408 bilion. Jumlah pasaran ACE, bagaimanapun susut kepada 240.092 juta saham
bernilai RM40.142 juta daripada 273.080 juta saham bernilai RM40.199
juta. Waran belian menambah kepada 131.467 juta unit bernilai RM21.059
juta daripada 79.411 juta unit bernilai RM10.395 juta sebelumnya. -
BERNAMA
No comments:
Post a Comment